Jan 19, 2017

BABY KU RAJA








" Jangan manjakan sgt anak tu... Nanti diorg mengada-ngada... "

" Asyik manjakan jer... Nanti tak reti berdikari. "

Agaknya berapa kali dalam sehari kita bersangka buruk dgn anak kita? 

Adakah salah kita manjakan anak kita? Atau kita nak anak kita bermanja dgn org asing yg tidak dikenali? 

Bang... 

Saidina Ali r. a ada menitipkan cara didikan anak. 

" 7 tahun pertama, layani mereka seperti raja, 7 tahun kedua layani mereka seperti tawanan atau hamba, 7 tahun ketiga layani mereka seperti teman atau sahabat "

Anak kita diawal 7 tahun pertama layanilah mereka semanja mungkin. Ya. Seperti raja. 

Tatkala mereka memerlukan kita, kita perlu sentiasa ada. Usung mereka kesana kesini. 

Sebab apa? 

Sebab mereka akan lakukan perkara yg sama dlm hidup mereka kepada kau dan semua org dalam dunia. Iaitu menghormati org yg lebih tua. 

" Eh?  Tapi manja sangat nanti mengada dan tak pandai berdikari mcm mana? "

Bang, waktu kau bermanja dgn Allah, berdoa dgn nada menangis mengada-ngada, ada tak Allah hantar petir pada engkau? 

Apa perasaan kau kalau Allah tak layan mengada-ngada kau? 

Malahan Allah suka kau mengada-ngada padaNya. Merintih, mengadu padaNya. 

Apa Allah kata dgn org yg suka mengada-ngada ni? 

ان الله يحب التوابين يحب المتطهرين

sesungguhnya Allah suka pada orang yg bertaubat dan menjaga kebersihan. 

Nampak? Kau merintih, mengadu pada Allah. Allah tetap suka. Kau mengada dgn Allah, memg Allah suka. 

Tiba2 anak kau nak manja dan mengada. Kau marah. Kau biarkan. 

Kau cuma set dalam otak, garang itu baru didik anak. Pukul itu didik anak. Abaikan anak itu didik anak.

Ajaran sesat mana kau pakai? 

Orang zaman dlu lain bang. Mereka garang dgn anak, ayah bekerja dan emak 24 jam depan mata mereka. Sepenuh masa membesarkan anak. 

Anak dimarah. Tapi dipujuk dalam masa yg sama. 

Tapi kita hari ini, ramai ibu bekerja. Kau cuba kira, dlm masa 24 jam sehari, anak kau lebih banyak habiskan masa dgn pengasuh atau ibu bapa mereka? 

Tiba2 kau balik kerja, anak panggil kau buat tak tahu. Anak mengadu kau kata mereka memgada, kau buat tak dgr dan tak minat nak ambil tahu apa yg berlaku pada mereka dalam sehari. Kau sekadar tidak ambil peduli. 

Isteri kau dh bantu kau bekerja siang hari. Dia pun dah takde masa utk putera dan puteri yg sedang membesar. 

Apa jadi pada anak2 ni? 

Konflik identiti. Keliru setiap hari. Kecederaan emosi. 

Banyak soalan dlm benak fikiran mereka tiada jawapan. 

" Sebenarnya ayah syg aku ker? "

" Sebenarnya aku ni anak siapa? "

" Kenapa aku rasa duduk dgn pengasuh lebih bahagia? "

Maka... 

Sampai satu ketika. Kau yg dari dlu asyik berburuk sangka dgn anak sendiri, akhirnya buruk sangka itu menjadi nyata. 

Pabila anak kau tak jumpa bahagia didalam rumah. Mereka akan cari bahagia diluar rumah. 

Dan mereka tidak lagi perlukan ibu bapa untuk meluah rasa dan bercerita. 

Sebab apa? 

Untuk apa mereka bercerita pada org yg tak berminat nak dgr cerita mereka? 

Untuk apa mereka mengadu pada org yg tidak ingin ambil tahu perasaan mereka? 

Yg mereka dengar dari kecik cuma... 

" Kau ni degil laaa ".

" Kau ni mengada-ngada".

Bang... 

Anak ni sebenarnya mcm alien. Mcm makhluk asing. 

Makhluk asing ni, bila sampai bumi, mereka macam culture shock. Mereka sibuk nak tahu itu dan ini. Semua benda didepan mata mereka nak tahu. Nampak perkara baru mereka juga nak tahu. 

Ditambah lg dgn beberapa emosi baru yg muncul dalam diri mereka. Marah, sedih, takut, cemburu, kecewa. 

Semua ini meninggalkan soalan dlm diri mereka. 

Tp syg bang. Kau cuma tahu bersangka buruk dgn anak kau. Nyata kau adalah ketua keluarga yg lemah. 

Ketua yg kuat. Akan menghasilkan bakal ketua yg kuat. Ketua yg berjaya akan menghasilkan bakal ketua yg berjaya. 

Anak tu sebenarnya alien. Drpd sebuah planet, namanya alam Roh. Kemudian, mereka menaiki sebuah kapal angkasa, namanya rahim ibu. Dan mereka dalam perjalanan menuju ke planet manusia iaitu dunia . Perjalanan itu terlalu lama. Mengambil masa kira2 9 bulan 10 hari. So, mereka terpaksa tidur dlm kapal angkasa.

Sampai atas dunia, mereka terkejut. Banyak benda yg mereka tak tahu. Apa ini? Apa itu? 

Tiba2 ko sekadar biarkan mereka berjalan sendiri? 

Kau jgn salahkan mereka. Kalau esok, mereka tiada jatidiri dan keyakinan diri. 

Anak2 kecil yg dimanjakan akan ada potensi mempunyai jatidiri kerana sedari kecil mereka dimanjakan untuk membentuk identiti seterusnya jatidiri. 

Sebab itulah, walaupun nabi saw itu sedari kecilnya menjadi yatim. Tetapi Allah tetapkan untuk baginda dijaga oleh datuknya yg menyayangi baginda. Pak cik baginda juga semua menyayangi baginda. 

Walaupun masa baginda menyebarkan Islam, pak ciknya ada yg menentang keras. Namun, sewaktu kecil. Tetap meraikan kelahiran baginda saw. 

Tiada sesiapa pun membiarkan baginda saw sewaktu baginda kecil. Dan lihatlah jatidiri manusia paling agung ini. 

Sollua'lannabi...

Allah sedang hantar anak untuk menjadi ' guru ' kita dalam madrasah kehidupan.

-sumber : FB Miqdad Ashaari




Jan 17, 2017

RUMAH BUAT AYAH UMMI

Ade satu rumah ni.. Cantik sangat..  Minimalist modern.. Teringin sangat nak beli untuk Umey Ayah satu..

Tapi bila fikir2 balik..

Bukan sebab rumah.. Org tua kita bahagia.. Tapi isi rumah. Bukan. Bukan perabut. Furniture cantik dll material..

Tapi.
Ruh.
Ruhani.


Kasih sayang. Doa anak2 soleh. Senyuman. Tawa ria. Solat berjemaah. Saling bertolak ansur. Pergaulan dijaga. Jaga adab. Sebelum tidur sebelum keluar cium tangan org tua..
Selalu ada disaat mereka ingin kongsi cerita dan duka..

Itu realiti hakikat kebahagiaan mewah nya sebuah rumah bagi orang tua dan Allah..

Waktu tu sentap hati kata..

Macam mana..

Aku jauh..

Tak xpe.. Doa dan jadi anak soleh.
 Jadi Anak soleh tu camne..?
Jaga mata. Jaga hati. Jaga org tua suami macam org tua kita sendiri. Cium peluk mereka selalu. Bersembang ketawa doakan mereka selalu. Nanti rasa2 tu Allah bagi dari jauh.. Orang tua kita rindu dan sayang sama macam anak anak yang ada dekat disampibg mereka. X berubah rasa. Sedikit pun. Biar pun jarak memeisahkan. allah.. Baik kan Allah.. Sebab soal hati . Tuhan paling Win. K
agukan Tuhan yang maha membolak balikkan hati...

Percaya diri kita mampu untuk jadi orang orang yang biarpun nampak hina nampak biasa2 tapi boleh mulia dimata orang tua dan dimata Tuhan.. Wujudkan dengan tawakal. mujahadah lawan nafsu. Amal . dan istiqomah.


Andai kita jatuh lagi. Yakin ada hari esok untuk jdi lebih baik lagi.


Rumah (istana) di syurga lah yang kita nak hadiahkan buat orang tua kita. Jangan sedih bila tak mampu beri harta dunia pada orang tua kita. Banyak kebahagiaan lagi boleh dicari dan diberi.

*tapi lgi beruntung andai dpt hadiahkan,sediakan rumah di syurga dan didunia sama.. InsyaAllah aminn..



#TerimakasihTuhan #alhamdulillah #InsyaAllahAmin

TWEET TWEET