Mungkin..
yang tertarik untuk baca artikel , entry ini ialah dari kalangan sahabat dan keluarga terdekat nya..
tak pe..
itu pilihan pembaca yang tak boleh nak aku sewenang nya paksa..
kali ni bukan lagi cerita angan2 impian atau perkara yang menggembirakan.. walaupun hakikatnya.. mungkin berita kegembiraan disisi Arwah.. Orang yang disayangi memang cepat meninggalkan kita.. Orang yang disayangi Allah pasti akan diperlihara dari tinggal didunia yang penuh tipu dusta..Orang yang Allah sayang pasti penghujungnya baik dimata yang dicintai nya..
mungkin aku bukanlah siapa-siapa untuk dirinya..
tetapi sepanjang keberadaan aku bernafas didunia pasti ada sahaja muncul nya dia.. dia itulah seorang sepupu dalam keluarga aku, sepupu biasa tetapi keceriaan dan kebaikan nya tetap buat siapa sahaja dalam keluarga mahupun sahabat jadi gembira..
Keyrun atau erun..panggilan biasa aku untuk dia kalau terjumpa terserempak dimana2..
Dari kecil..
perjumpaan keluarga pasti ada saja telatah dan gelagat dia..
asrama.. mesti tidak sah kalau tidak kecoh nama nya asyik kene sebut.. tapi semuanya dengan jayanya dia cover dengan lenggok gaya dan bahasa, gelak tawa nya yang pasti membuatkan orang makin geram! bukan geram marah.. tapi bikin orang geram terhibur..
banyak asrama dah aku kene sekali duk dengan dia..
aku tidak cakap kosong..aku cerita berdasarkan pengalaman..
aku dengan dia kalau jumpa tak lawan bicara pasti ada saja benda nak dicerita..terutama dengan kisah menyakat budak thai kat asrama pochan dlu.haha memang comel dan lawak je kalau diingatkan balik..huhuhu hm..
kesimpulan kecilku disini.. Dia itu lucu dan selalu dalam perhatian.. mata siapa saja yang lihat pasti tertarik ingin kenal siapa dia..
**************
mesej aku masuk berbunyi selepas Arwah beberapa jam pergi.. " ELLA... ingat tak Ella pernah tanya.. siapa diantara kita yang akan pergi dulu??" emoticon berderaian air mata whatsapp deselit sama..
"Ella.. macam tak percaya erun pergi dulu dari kita..."
"Ellaaaaa.... jaddddd.... sedihnyaaaaaaaaa ellaaaa"
bertalu-talu mesej dari seorang ni..
aku tertanya-tanya .. ini siapa? hurm terfikir aku.. yang panggil aku ella dalam keluarga cuma berapa kerat je.. akhirnya tanpa berfikir panjang.. aku mereply ringkas..
" leylaaaahhh!!! eylah.. sampai hati kamu bla..bla "luahan berjeler..
bertubi-tubi juga aku merespon nya dengan penuh duka ..
"ellaa!! ni tikah la!"
sentap. dalam kesedihan sempat aku sengih mencuka.. macam mana boleh silap orang..haish aku nila..
"laaaa sorry tikah saya tak save nama.. hp ni hilang semua no contact nama"
hampa.
tikah kata.. lilah mana sudi dah nak mesej kita2 dah.. siapala kite..
(tikah, leylah, erun, cah, sebah,adalah sepupu2 yang paling kamcing..mungkin sebab sebaya..)
ada betul nya jugak kata tikah.. hati ni yang duka bertambah lah sedih nya...
terkenang kan keluarga yang besar dan utuh paling solid dulunya.. kini bagai terpecah dua.. semenjak ketiadaan yang mulia jad(Datuk) kami yang kami sangat sayang.. yang juga dah selamat pulang bahagia kepada Tuhan.. AlFatihah..
hurm.. tinggal tunggu giliran kita saja..
aku sempat tinggal kan nota ringkas di twitter..
"Selamat jalan sahabat , sepupu ku.. tunggu kami yaa.."
banyak yang merespon sepontan baru dapat berita kematian nya..
seingat Aku lah, terakhir paling banyak duduk lepak sama dengan nya.. sebelum aku kawen..
masih segar dalam ingatan.. yang dahpu menjadi sebuah kenangan..
Dia datang bersama sepupu dan kawan singgah kerumah abang aku yang dipinggir jalan..aku memang duduk disitu.tahu pula dia cari..
aku fikir kabar gembira.. rupanya dia datang nak pujuk dan ceramah kat aku tentang kawen..tergelak gelak aku tak percaya..
"ape ke gila.. betul ke apa yang kamu cerita ni? salah orang kot..?? salah dengar kot..?erun ko jangan memain.."
bla..bla..bla.. dia dengan penuh semangat meyakinkan aku.seakan suruh aku tenang memikirkan..dan terima walau apapun yang terjadi.. aku semakin pelik..segala lawak dalam dirinya menjadi serius sekali..akhirnya aku iyakan saja berita darinya..dan lepak makan sarapan sama..tidak lama lepas tu.. segala yang dicerita erun menjadi nyata. aku terima sebuah pernikahan tanpa aku kenali siapa dan rupa.. Alhamdulillah..
tidak lama lepas itu jumpa erun di Times square..makan sama di pizza itali tingkat 5 food court. aku lupadah nama tempat tu.. memang rajin dia ada disana.. mungkin kerja juga kot dia.. aku pun ingat2 lupa.. lama borak dan gelak tawa macam biasanya..sempat dia kata dia suka keychain2 yang aku hadiah kat dia..huhu alaahh kisah lama la erun.. malu je hadiah kecil tu juga yang diingat-ingat dia.
setiap celahan ungkit kisah lama huhu pasti dia suka kata.. "malu lah ngan erra.." " segan lah..ngan erra" hurm.. aku faham sangat dia.. huhu bisa jadi, trauma ngan watak ustajah & pengawas aku diasrama dulu barangkali..hee perli pada diri aku sendiri dalam hati..poyo gile aku.xsuka ingat. kenangan - BCH Selangor , Pochan Kedah & MERBOK :')
Selamat jalan Khairun Nisa Mohammad... moga kamu jauhh lebih bahagia disana.. maafkan aku ya erun.. tak sempat jumpa buat kali terakhirnya.. ikutkan hati..dapat rasakan masa kamu sakit tenat.mungkin kamu akan segera ke syurga.. ingin sekali hasrat hati ni jumpa..tapi apakan daya.. beribu kilometer jarak laut memisahkan kita.. aku masih baru pula jejak sampai Jakarta.. menyesal pula aku tak berusaha contact dengar sendiri kabar dan suaramu.. minta maaf ya khairun..huhu.. aku tak tahu kamu baca tak ni.. huhu macam mustahil coetan hodoh kecil ni malaikat sudi sampaikan.. aku cuma nak minta maaf dan nyatakan.. walaupun kita selalu tak jumpa.. kamu selalu je dalam ingatan saya..
satu hal yang aku suka dari kamu.. selain sifat mu yang bersahaja dan pemurah..
sekali pun seburuk apa saya dimata kamu..
tapi kamu tak pernah pula nak bermasam muka kalau jumpa.. tak pernah pula membuat saya asing dan dibenci.. kamu tetap adalah seorang penghibur sama rata tiada bezanya dari sahabat yang lain.. sungguh dalam diam tersimpan terharu bila terkenang kamu..
sungguh lain dan beza rasanya bila kamu dah tiada didunia untuk selama-lamanya..
dengan kita dah tak jumpa dah lama...
aku tak pernah kira secepat ini kamu pergi..
serius aku sedih..
Tuhan..
sampaikan salam ku untuk key-run.. (T__T)...
"Selamat hari lahir khairun Nisa Mohammad.."
Post by NurAm AR Qalby.
Video yang dikongsi dari salah seorang dari sahabat lama kami..
untuk lihat Video dari kakak nya.. pula klik sana.. AL FATIHAH .
"Hidup,mati,jodoh,rezeki...alam akhirat semua nya ketentuan hanya ditangan kekuasaan Tuhan,mutlak"
Jangan manusia pula memandai nak belagak jadi Tuhan.. tentu kan nasib orang saat hayat dan hujung tiada nya..
Alfatihah..
Coretan saya berakhir disini..
moga diizinkan Tuhan .. kita jumpa lagi..
Yang baik dari Allah.. yg buruk dari kelemahan diri saya.
ampun maaf zhir batin..