Jan 27, 2014

ERRA KYRA TEROKAI BUMI PERAK BERSAMA SAHABAT MEDIA


Mana aku letak passport?? puas aku cari kat mana2 tempat.. air susu yang ingin dicicah biskut pun dah makin sejuk menunggu aku yang sibuk menggeledah almari..

sambil melayan otak yg serabut.. time tu juga ada mesej masuk.. aku terpanggil untuk membaca , disaat tu..  aku tersenyum..
aku reply ya!

ya apa??
  

Ya, setuju atas sebuah lamaran.. *sweet nyerr la hai* =.='
Alhamdulillah..pada tanggal 10 Jan 2014 , aku diberi

berpeluang mengikuti trip Railway Toburism ke Ipoh menggunakan ETS(Electric Train System),jemputan dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) selama 3 hari sempena Pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 


Tiba lah hari yang ditunggu.. niat bermusafir bermula lagi.. sebuah perjalanan sambil mencari ilmu dan pengalaman.. dung dang dung dang.. dari jauh dah terasa kemeriahan perasmian nya di KL sentral..

berdebar menunggu..

bau keretapi baru..
setelah kaki berjaya menapak.. train terus tertutup rapat.. dan bergerak laju.. meninggalkan lambaian para pengunjung yang asyik teruja..

berbekal kan pas media..
aku dapat ramai kenalan baru..yang ramah,comel,matang,sempoi,juling,garang manjaa.. haa macam2 sampai kan keretapi dah macam asrama.. excited jumpa kawan2 masing bercampur baur dengan excited dalam keretapi baru.. kelajuan nya memang mengalahkan keretapi yang sedang termenung(berhenti) =P

Ipoh menyambut kedatangan kami dengan penuh gemilang,paluan kompang dan sekali lagi acara pementasan berlansung..sedang semua tertumpu disana..aku berlegar memerhati dan menghayati 
seni bina banggunan lama keretapi Ipoh ,peninggalan zaman jajahan british yang masih utuh kemegahan nya.. hebatnya Allah.. otak manusia yang kecil.bisa mereka cipta sebegitu tersergam indah dan mewah.. *mood teruja*

FAKTA
-perjalanan ke Ipoh yang mengambil masa lebih kurang 2jam
-perkhidmatan rel  berkelajuan tinggi mencapai lebih daei 140km/jam
-muatan penumpang sekitar 350 orang disuatu masa
-perlbagai kemudahan asas seperti 
tandas,koc buffec,plug point(caj bateri hp dll)
-mempunyai bidadari paragawati



HOMESTAY 
10Jan.1245pm
kami dibahagi kepada 4 bas,menuju ke destinasi kampung yang berbeza..

KG.BENG
disini lah kami berlima dapat ibu dan ayah angkat..tmpat kami tinggal,makan,sembahyang,bergurau senda, berceloteh bersama..potpet sampai ke malam buta tak henti sampai bantal pun naik heran. *haha*

FAKTA
-Kg.Beng tiada kaitan dengan blogger otai kita abang Ben=P
-Kampung yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil
-kampung yang terpencil dipisah jauh oleh darat..
-pengangkutan utama orang2 disana ialah sampan,boat, dan feri... ehh takk..feri xde=P
-mengamalkan tradisi melayu.dan makanan khas kampung tradisional
-mengamalkan gotong royong
-sumber utama kg.Beng ialah penghasilan dari menoreh pokok getah



*mood manja* alololo... anak2 dara mak nihh.. ehh yang baca.xyah bising2,diamm

HARI KEDUA.
11/Jan.0930am
PERASMIAN PESTA 
MAKANAN TRASIONAL LENGGONG
masa nilah orang2 kampung dari pelbagai tempat turun..berbagai acara dan juadah percuma disediakan..

aku..

tertumpu di longgokan durian..=D

*senseng lengan* bismillahhhh....





BERPETANG BERSAMA PACAT YEAHH!
Kg.Beng 0300pm 
Assalamualaikummm...!! hutan pun menjawab! dengan deruan sepoi2 angin,bersama bersahut-sahutan air sungai yang ceria.. dari jauh kami dah dapat teka..kemain laju terus kami meredah hutan..sampaikan seliper pun tangan yang pakai..ayam yang tengok pun jadi terharu..hehe..
cuaca pun mood nya ok sangat..Alhamdulillah=')





HARI KETIGA.
12/JAN.0528am
kesejukan suhu air ditandas,dah terasa seperti mengalahkan air dalam peti ais kat umah..huhu.. menggigil nak amek wudhuk..haaa apetah lagi nak gedebush! mandi.. =((

BERANGKAT DENGAN BERATNYA HATI
Kg Beng.0835am
Masa yang mencemburui..rasanya belum habis puas kami bermanja dengan suasana dan mak ayah angkat kami..aktiviti kampung ,persembahan disebelah malam tadi nya pun masih segar terngiang2..berat rasa ingin meninggalkan Kg.Beng , dah sama berat dengan beg bagasi kitorang" huhu.. dah mula sesedih time nih..


MAASALAMAH...TATATITITUTU..
SHAYANG KG BENG SHANGAT!
jangan lupakan kitorang ya..kitorang pasti siggah lagi..mak ayah angkat sempat menyampuk,tepuk saya.. sambil berkata.. "Erra pulang Jakarta nanti jangan pula lupa kami disini juga yaa..kirim salam suami"
*terkejut.. dan terharu!huwaaaaa*
 

**Sahabat Blogger dari atas kanan..a FIRDAUS seorang yang murah senyum,sensitif,pendiam,pemerhati yang bijaksana hukhukk k SUE suke gelak dan penceria orangnya,caring,merendah diri ,dan pandai mengawal suasana jadi setenang air yang ade buaya kekekek  QASEH(tudung hitam) suke sengih2 ,berperasaan,suke sepuk haha,dan senget, otak sempoi jer MIEZA(tudung coklat berspek itam)suka tetibe muncul,tetibe gelak,tetibe diam,tetibe berceramah hehe ... CAER(spek itam baju merah) bakal mendiri kan rumahtangga,dia ni nampak macam pendiam sebenarnya pembising juga rupanya .. A LAN CARENO (spek mate baju kelabu asap) sangat peramah,penyabar dan disiplin ... UJANG(baju hitam sdg flying kiss ke zafira anaknyee nun di putrajaya) haish,malas nak cite pasal cik abg sorang nih..nakal.serabut.suke galau haha tapi walaupun dia catu..dia ni prihatin,baikhati orangnya huhu.. A MAWARDI (baju biru) dia ni berdarah seni,pandai nyanyi,designer,ada la ciri2 seorg y kental n tabah. cewwahh... BEKI(bju putih) dia ni sy xbape faham sgt otak dia.. yg pasti dari jauh selalu nampak dia ni macam adik aku afiq..gelagat dia la.. lelain tu xlah sama.. mengada2 dia tu mmg sama haha.. haaa yang ni (bertopi spek coklat) nama nya NAJEEB. single.sangat openminded orgnya..penyayang..mesra,dan agak sensetif hehe..yg plg penting dia ni seorang penghibur.suara pun seangkatan Jamal abdillah..tahun depan masukla tu AF haha.. YANTY(berbaju coklat spek coklat free hair) seorang kakak yang manja,garang,penyayang dan sangat prihatin kekadang prihatin nya mengalahkan makcik kite..hehe.. seterusnya... ERR (tudung pink?).. xyah cite lah.. yang pasti . Dia ganas=P

**yang pic dibawah.. NORAIN(tudung purple) agak pendiam,pemerhati  DIKBEE(tudung cream) sangat happy go lucky,ramah dan baik. k AFIEFAH pemeriah suasana,sangat sempoi.best.kakton kalau tengok pun pasti jeles..hehe SYUKRI(tergantung kamera) sangat gigih ,dan suka kan pemurah dalam mengambil gambar orang haha siann asyik kena jadi photographer sekalipon kamera2 orang lain.. 






PELANCARAN VICTORIA BRIDGE PERAK
Di Kg Seberang Karai Perak.1205pm
belum tamat samapai di jeti kg Beng rupanyaa.. huhu fikiranku meleset.. ^^

 Victoria bridge berhantu..?

segala teka teki tentang 
victoria bridge terjawab..

hantu sebenar dah pupus.. yang tinggal cuma hantu dalam diri masing2..
iaitu mazmumah..yang masih bersarang dalam diri.. hmm tiada hari yang kita berasa bahagia kalau hantu ego,sombong,hasad dengki,pemarah dan mazmumah lain masih disimpan..disekitar kita.. sama2lah kita buang dan membantu menepis nya.. insyaAllah! chaiyookk!


 Via Instagram @errakyra
*nampak cam pucat kan..sebenarnya ni semua gara2 matahari yang gemok lagi cute membahana=_=*



Terima kasih sekali lagi atas undangan dari pihak Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz...

sekali lagi juga disini kami diraikan sebagai tetamu.. dan santapan ala2 kampung.makan bertempuh bersila..  kemeriahan orang kampung bermain meriam dan alatan tradisional 
menjadi perhatian utama kami..

 FAKTA
-Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897-1900
-satu2nya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak
-Jambatan keretapi tertua di Malaysia
-Victoria Bridge tidak digunakan lagi..menjadi tumpuan pelancong, peninggalan sejarah dizaman jajahan British
-21 mac 1900 dibuka leh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ,ketika itu disaksikan sendiri oleh Residen British.




Pengakhiran perjalanan.. 
tanpa disengaja..
diakhiri dengan airmata perpisahan..
kawan2 blogger yang pada awal nya cume sentuh hujung2 jari..hujung2 hati..dah pon rapat bagaikan isi dan kuku.. hati dah menjadi satu..sehingga lah medan sosial terus tak dihalang masa menjadi penghubung..

Ribuan terima kasih saya disini kepada kakak2 dan abang2 blogger yang tak jemu membuat diri ni tersenyum..tersengih..ketawa.. sehingga segala kata teguran sikit pun tidak ada yang meninggalkan kesan luka..

moga persahabatan kita tidak sampai disini..

huhu..

k.bai..

rindu korang

=')

TWEET TWEET