May 29, 2015

MENANTI..














Hai semua..


 Lama nya x update blog ni..

 Sebabkan saya sedang sibuk uruskan bilik baby.. Barang dia.. Melayan karenah dia.. Betul betul menghargai disetiap detik gerakan dia..


Allah begitu faham diriku..


Disaat aku merasakan lelah dan pasrah..

Didatangkan nya seorang bayi sempurna yang berdenyut jantung nya didalam rahim ku sendiri..

Aku tawakal pada Nya.. Andaikan aku terpaksa pergi meninggalkan dunia..
 yang ku selalu pinta cuma satu..

 Aku ingin anak dari zuriat ku sendiri..

 Tetapi .. Diberikan anak yang soleh solehah yang mana pada mereka lah yang ku harapkan dapat mendoakan aku jika aku beradu di alam barzakh kelak..



Ikut hati ini..

Nak sangat anak-anak yang ramai.. Aku nak jadi macam umi..huhu Jadi guru pada anak anak nya.. Anak anak yang tak jemu sayang dan bincangkan kebaikan tentang dia dibelakangnya.. anak -anak yang membesar didepan mata.. bantu ambil alih semua kerja dan mampu menggembirakan dan ada disaat duka seorang ibu.. huhu rindu umi.. xsabar nak jumpa.. nak lepaking sama2.. cepat lah junn.. ;P (sebab dah bookingkan tiket umey datang Jakarta hee)



Terima kasih Tuhan..


Setelah mendapat nikmat yang ada ini..

syukur ku tak henti..sebagai tanda syukur..Aku tak putus meminta dan merayu padaNya..

Agar sahabat sahabat ku yang sedang menanti juga diberikan rezki yang sama..

Merasai menjadi ibu.. Ibu solehah kepada anak anak yang soleh solehah.. Anak anak yang bakal berbakti pada kedua orang tuanya..keluarga.. Negara dan mengangkat derajat agama dimata dunia..



Alhamdulillah..


01.16 am Iskandarsyah , Jakarta
Diary Merah Jambu
9bulan , .38minggu




.HIKMAH KEHAMILAN


1. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

2. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

3. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

4. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.


5. Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

6. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

7. Wanita yang memberi minum air susu ibu (ASI) kepada anaknya dari diri nya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.



Subhanallah...

baiknya Allah T____T













TWEET TWEET