Nov 19, 2016

TIADA ANAK. CULIK ANAK ATAU CULIK HIKMAH ?

Assalam . episod kali ni gwe mengarang dulu di facebook sebelum post kesini... Agak "malu" aebenarnya tapi. Dah lama pendam dan simpan....


Huhu harap perkongsian ni bermanfaat.

Alkisah nye gwe terbaca di akhbar berita tentang kes culik bayi baru lahir faktor nya si isteri murung sbb dah 2tahun menanti zuriat. Tapi gugur . sebab dah terdesak sangat.. Suami sepakat dengan isterinya untuk menculik.

Ko dah kenapeee??

Kau kata sian bini kau murung anak xde. Habis tu orang lain murung hilang anak dia kau ade fikir takk??!! Ntah dia lebih lama tunggu nak dapat anak. Ntah2 dia dah bertarung nyawa gila2 dalam labour room tu demi anak dia.. Ntah2 dia boleh meroyan dan jdi gila ..aduhaiiii nape fkir nafsu sendiri je..sedih sendiri je.. Tolonglah jadi manusiaaa yang sebenar2 nya manusia.. Gwe baca kisah dia sedih simpati. Tapi tetap tak boleh terima alasan tu. =__='
T__T aku dah terbayang dah aku ditempat ibu yang kene culik anak dia tu.. Penat2 tunggu anal lahir 9bulan.. Teibe yelek.. Sedih kott... Lebih murung berpuluh ganda kot haha...  Pleaseee order dari Tuhan.. Tuhan Maha kaya pakcik. Jangan culik2 😩😒😭

                       ********************


Org 2 tahun kawen je dah murung.. Apetah lagi yg
dah menunggu 5tahun dan keatas.. Lgi stress.. Tapi kan ada Allah..

InsyaAllah kene keluarga kuatkan kawan2 sekeliling menguatkan sama.. Bukan pi tanya. "Bila korang nak ada anak nihh??" dlm ati ehhh ingat buat kuih ker? *bgi muke senyumm kambing je mampu* tu yang sy lalui... Dan kwn2 seangkatan dgnku..

Hati ni milik Allah. anak juga milik Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Paling best kene hadap dgn org2 yg preggy cepat. Awal2 kawen dah terus dpt anak. Siap ada yg belum kawen tapi beria suruh2 mcm2 bgi tips mcm2(sambil sindir ok)... Alahai..  Mampu pujuk hati je. Senyumm lagii... =))  strip negative itu biasa dah sahabat bagi isteri yang menunggu zuriat...


Untuk saya. Sepanjang ujian ni.. Terasa indah dilalui.. Walaupun diselangi air mata..
Kita tahu jalan keluar nya bukan anak untuk kecapi bahagia.
Bukan juga uang dan harta.
Tapi bila kita ada Tuhan..
Selalu ingat mati. Nak mati ke syurga Tuhan.. Nak jumpa Tuhan..

Bila tujuan hidup besar maka ujian pun menjadi kecil..

Tujuan berkahwin untuk bahagiakan suami. Bahagiakan diri sendiri jadi kenapa harus disusah2kan.. dirumitkan.. Carilah sumber kebahagiaan yang hakiki.. Tuhan..

Tuhan lagi..? Tuhan lagi..?

Iya haruslah Tuhan. Dengan bersangka baik dengan Tuhan je hati boleh tenang...

Bukan kah Tuhan dah janji dalam Al Quran..



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk mu.. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu sedangkan amat buruk untukmu..Allah Maha Mengetahui..sedang kamu tidak mengetahui"-AlBaqarah:216


Segala sistem dan setiap inci daun saja Tuhan tahu dan sangat genius.. Faham. Apatah lagi manusia.

Setiap habuk saja ada sebab Tuhan jadikan.. Nikan pula hati kita.

Kadang bila emosi memang kita selalu egois selalu merasa kita paling derita dan paling faham diri kita.. Sedang kan Tuhan lebih faham.


Kenapa Tuhan diam..?

Bukan diam. Tapi menunggu waktu yang tepat. Dan hebat .


Mungkin disaat hamba nya betul2 sudah menemui ketenangan dan hikmah disebalik nya...

Tak dapat di dunia.. Xpe... Pujuk lah hati... Allah bakal kasi ganti di syurga.



Aku juga sepanjang 5tahun.. Pelbagai persoalan kata2.. Kadang2 jawab sendiri kadang2 suami jawabkan.. Kadang2 xde jawaban... Nangis lah. Xpe... Tuhan ada. nnti Tuhan bantu jawabkan.. Pujul lagi hati. Iya hati manusia lembik. Boleh cair dengan pujukan... Selalu lah belajar pujuk hati... Xpe merajuk. Asal pandai pujuk sendiri huhu


Sombong dapat anak awal. Bunting pelamin. Sebab makan ubat. Sebab suami terer.. Sebab posisi lah blah blah muntah hijau! Nak je carut... Pegi ma****lahhh (huhu pegi masjid mksudnya..😜)


Jangan lupa diri. Tuhan lah punca segala setiap inci dari kita.. Takde hak kita .. Xde kita punya... Jangan mudah termakan dengan hasutan syaitan yang xputus membuat kita merasa.. "ITU KERJA KITA" walhal.. Semua nya kerja Tuhan.. Datang nya ujian itu dipupuk dengan syaitan... Itu berat. Bisa jadi gila. Ya. Gila. Gila dunia. Lupa gila. Semngat gila. Happy gila.... Sedang kan semua yang gila itu tidak akan mengaku dia gila. (apa aku cakap niπŸ˜‚) ya mudah2an faham mesej yang nak disampaikan...


Saya juga x terlepas dari ujian2 ini....
Kalau dulu ujian nak dapat anak... Mungkin sekarang dan kedepan ujian bila dah dapat anak.. Kawal dan ingatkan saja diri jangan sampai gila!(berlebihan) ... Semua tahu. Setiap yang berlebihan tu kawan syaitan. Penuh mudarat dan Allah tak suka. Ni saya juga sedang belajar. Saya sampaikan sebab saya sedang iinin sama2 belajar.


*saya berfikir hikmah lambat anak ialah.. Saya lebih banyak belajar tentang anak(bantu2 jaga anak sedara dan anak2 taska tadika umiku).. Lebih banyak belajar mengenali suami(yang juga seorang yang dah nikah baru jumpa).. Belajar tentang kehidupan.. Berbaik sangka dengan Tuhan dan manusia... Selagi kita berfikiran baik.. Maka sel2 otak kita pun berjalan baik.. Menghantar kan pesanan2 yang baik... Hati pun InsyaAllah tenang dan selalu senang... Huhu Alhamdulillah(segala puja puji layak kembali untuk Tuhan)..



Hikmah lagi. Mungkin.... kalau cepat saya dapat anak saya akan lebih takabur dan jauhh lebih
 sombong dari org yg sy jumpe sombong...

Nauzubillahmnzalik....

Sekali lagi... "
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk mu.. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu sedangkan amat buruk untukmu..Allah Maha Mengetahui..sedang kamu tidak mengetahui"-AlBaqarah:216



Terima kasih Tuhan.... =') *kawan.. Keluarga yang selalu bagi kata2 positive sebelum datangnya Zavier... T__T

Kawan dan sedara yang belum punya.. Jom kita doakan sama.. Doalah tanpa jemu agar mereka juga direzkikan.. Kuatkan bukan melemahkan...



Andaikata, kehadiran zavier menyakitkan..(mak nya over atau apa2) tegurlah.. Mesej antara kita... Maklumlah.. Kita ni pun jatuh bangun... Tipu lah kalau kata tak bangga.. Bangga Allah bagi pinjam..

Harap kalau aku pulangkan balik.. Bonus untuk aku juga biar lancar ke syurga.. Huhu... Nape touching lak nih . benci lah nak sedih2 haha... T__T😒

 zavier please cepat besar sihat...berjaya dunia akhirat Bertaqwa.. Ganti najib. Eh lupe anak lahir kat Jakarta haha... Ganti Jokowi lahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Sekian lah... Coretan dari hati seorang ibu kepada dua(insyaAllah) .. Menunggu sabar mendapat hati Dia dan DIA ...dan dia junior. Selama 5tahun penantian. =') Bagi seorang yang bernama bakal ibu. berkawan dengan tespack itu biasa.. Jangan putus asa. Jangan kecewa.. Jangan downkan pasangan.. Suami kepada isteri mahupun isteri kepada suami... Saling menguatkan saling perbaiki dan mahu mengakui kelemahan...

"Allah ada.. Allah nampak usaha kita pasti Tuhan simpati..Allah Maha penyayang.."



** Ingatn kecil. Tolong lah jangan rosakkn rumah tangga  org.. (Inai ditangan masih merah) dah excited tanya dah tespack ker.. Dah hamil ke.. Dan hape2 soalan tu sume.. Pleaseee bagi mereka ruang bukan "ruam" atau "suram"..


"Alaaa xpelah orang nak bagi semngat..org nak doakan. Org excited..ngan anak kawan /sedara sendiri"

Tak salah. Asalkan bahasa dan nada tu jaga. Paling selamat. Ngadap sejadah tadah tangan sebut nama kawan korang tu.


 Kalau terlepas ckp atau semngat sgt pun.. Ckup lah depan dia kau kata... "Moga2 direzkikan.. Xsabar tengok cikbesah(bukn nama sebnar) junior..mesti comel cam suami kau"haha gelak2 pujuk sambil bagi support

Ramai je kawan erra jenis camni.. Happening gile.. Rasa bangga tau ada spesis depa nih.. Jenis xsabar tengok anak lisaruhani ehh anak kita.. Setiap kali jumpe mesti doakan pastu bgi2 pujian semngat haha.. Walaupun sedih(sbb blm rezki ngorat dia) tapi dlm masa gembira positif sama.. Sikit pun x down kan.. Kita rasa orang perihatin.. =')


Bukan nya ko pegi up status atau komen kat gambar dia.. "Makanlah pil hamil ini vlah..vlah..pasti berkesan" =..= eh eh ... Dia dah terbang ke luhmahfuz ker.. Tahu2 je dia pasti berkesan tu.... (Syirik!) stop lah annoying people. Judging org xpregnant..kau mana tahu. 10 tahun dia tunggu sekali 10 anak serentak keluar . πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‡πŸ˜‡ tau strok terdiam.


"Tiada yang mustahil bagi Tuhan...untuk srikandi maryam apatah lagi kita.."


#belajarbersangkabaikdenganTuhan #belajarmenguatkanoranglain #belajaruntuksalingmembahagiakan #belajaruntukmelihatkebihandarikekurangan #belajaruntukmelihatkekurangdirisendiridarikekuranganoranglain #jangansombongkalaubelumdiuji #belajarmenghargaisetiapyangTuhankasiujianataunikmat #belajar #selanjutnyadierrakyradotcomhuhu #bye #maafternafsulebihpulamenaipkalini





Nov 2, 2016

BIDADARI TANPA SAYAP




Antara cita cita luarbiasa ku ialah ingin melihat dan merasai syurga... 

Tapi cita2 luarbiasa ku didunia belum selesai lagi.. 

Aku belum mampu selalu membuat orang sekelilingku tersenyum dan bahagia selalu.. Masih banyak perlu diperbaiki.. Kadang terleka dan alpa.. Jadi terbiasa sampai lupa tujuan asal aku kedunia... 

Menjadi pencinta setia.. Pencinta yang membahagiakan semua.. Kenapa.. Kerana ada nya nafsu yang belum terdidik.. Kerana ada nya hati yang ingin membela diri.. Sakit. Sakit nya dengan diri sendiri sehingga bisa menyakiti.. Mana pergi cita cita luarbiasa... Bangun lagi. Teruskan lagi misi 
cita2 ini... 

Sampai nadi berhenti. Pucat berseri... Maafkan aku Tuhan . maafkan diriku belum mampu membawa kamu menjadi seperti yang Tuhan mau... Wahai nafsu berkerjasamalah dengan ku agar sama sama kita menempuh dunia tanpa meninggalkan noda. 

Aku yang rindukan kematian yang indah. Dan keabadian syurga yang tidak bertepi keindahan nya.. 
.
.
Mungkin betul aku lah bidadari.
Bidadari yang tanpa sayap dan penuh dosa.


 -diarypink 12:05am .Jak.

Nov 1, 2016

APA YANG MENARIK DI PULAU PANGKOR MALAYSIA. SERAM!

 *Entry khas untuk rujukan para kaki searching . pengalaman dan apa yang menarik di Pulau pangkor. menurut pandangan saya.




SERAM!

serius pengalaman seram..  sseram tapi syiok(best).. haa camne tu..  =P

seram tu sebab banyak tepi laut pulau pangkor nampak ikan ikan terdampar dipanggangan..
terbakar kott!bau diaaa dibawa pulak angin sepoi pantai..semerbak melekat jadi perfeum gwe serta merta!

haha

yer! serius nih. korang gi sana harus eh tak. wajib ! wajib makan..

IKAN BAKAR



rasa dia tak payah cerita lah... menusuk dikalbu,, lelagi bila cicah ngan air asam..
tu lah salah satu pengalaman aku paling terkesan di Pulau Pangkor awal tahun ni...
 korang datang ke Pulau Pangkor wajib cabar keberanian korang dengan "makanan terbakar yang satu ni" belom lagi sambil makan menikmati view utama nya laut..dengan suara sengau sepoi2 angin pantai.. deruan ombak yang melamba lambai... waktu makan tu pulak.. zavier tidur lena.. gile ar! sangat menikmati pokoknya gwe disana ! hehe... Tq anak. selalu memahami mak mu.. pastu apalagi..tanda terima kasih.. terus upah dia susu cap ibu perasa ikan bakar haha.. *xyah nak eeii2 sgt =P


Jangan tanya kenapa suami takde dalam episod pulau Pangkor Malaysia. Sebab dia dah pulang duluan..ya. dia dah balik Jakarta. Ada hal di sana yg harus (baca: wajib) kena dia ada.. Heee

Gambar hantar papa zavier ke Airport.. Part ni touching skit. Dalam sejarah gwe touching dia pergi haha! Nampak nau tgh angau syg.. (Nape selama ni x syg ker..?:p eh eh sibok jer nak tau haha)



FERI

 Ok.Perjalanan ke Pulau Pangkor dah bermula. Korang kena lah naik feri dulu.. Masa tu tak yah nak tido! Sebab x lama pun.. Dah sampai. Pastu bila korang sampai terus akan nampak berderet abg2 lepak dengan majalah/katalog dan senarai dan pakej2 percutian. Pasal chalet tempat penginapan..ada macam2 kategori. Resort pun banyak...korang tinggal tanya je setiap abg2 tu.. Eh bukan pilih abg nyer yer haha. Pilih lah yg abg tu offer pakej penginapan yang diorg tawarkan. Rata2 harga mengikut kesesuaian location view/berdekatan pantai , keselesaan , kecantikan dan kemudahan yang ada..


Lepas dah nego tempat penginapan di jeti perhentian. Korang boleh lah beli barang2 mandi atau topi pantai..

Akan nampak juga di perhentian. Banyak gerai2 makan..sarapan la dulu. Nampak tak betapa kuat nya daya ingatan guwe haha.. Sombong gile keh3..



VAN PINK PANGKOR

Dannnnn van pink akan beratur panjangg ( kau ingat orang ker erra..??nak beratur2 bagai haha).. berderettt menungguu..jangan terkejut kerana semua van tu adalah van Erra Kyra. Eh tak! Haha perasan. Van yang akan bawak korang pergi ke pantai /tempat penginapan.. Beberapa minit dari jeti perhentian.

Rasa best je naik van pink..macam bangga dia tu macam naik van lexus hehe.. Sekalipun bau udang bau segala bau mak nenek sotong ada kat seat van..hoho yg penting van pinl nih berjaya buat guwe terkesan sampai2 disana.. Bikin mood makin berkobar..makin gembira.. Makin bersyukur.. Makim jatuh cinta dengan perjalanan ke Pulau Pangkor huhu..

Terima kasih Tuhan..

Alhamdulillah





 korang nampak tak apa yang aku nampak.....


 ya! budak ni tidok disaat tengah semangat2 nya gwe nak ajak dia tengok pantai dan laut buat pertama kalinya dalam hidup dia....hampeh... takpe tido la nak..

NAIK BOAT.


MENJELAJAH DAN BERIADAH  DI SEKITAR PULAU PANGKOR, TERDAPAT  PULAU2 KECIL (PRIVATE PULAU) .









CHALET. PENGINAPAN.

belah malam nya kamera gwe cas.. jadi gambar bakar2.. gambar posing2 dengan asap kepol2..dan lain lain nya takde huhu.. tapi tetap masih segar di ingatan ku... Terim kasih yang menaja dan mengurus semua penginapan percutian keluarga selama seminggu.. Dia lah abang baik tapi paling suka nyakat adik adiknya..
Abang sulong . iaitu selaku Bos Fata Bestari Holding dan Orang utama sekolah Umi...

Terima Kasih Tuhan..

DI CHALET KAMI PUN KAMI ADA BUAT BAKAR2 SENDIRI . JANGAN RISAU!
IKAN2 FRESH ,SOTONG DAN PELBAGAI LAGI (MAKANAN LAUT MENTAH) ADA  JUAL DITEPI PANTAI..



      MANDI LAUT . SNORKELING .   GAMES. 
       (BANANA BOAT, BIG GREAT MABLE)

Jangan lah memdambakan terlalu tinggi permandangan air laut sini sejernih air laut tioman atau krabi huhu sini agak keruh tapi still best sebab ikan ikan nya jenis kebulur sikit haha so bila korang menyelam sambil beri makan ikan tu syok gak la.. lihat depan mata ikan ikan tu makan berjemaaah sambil feeling2 kau yang mak ikan..hehe

disana korang boleh snorkelinggg . xpayahlah harkat tu panjang sangat haha akan dikasi roti. beli roti pun boleh.. sambil bagi ikan makan. bukan sambil menyelam tu pulak minum air.. mcm pepatah melayu tuu..agak agaklah haus pun kan. masa tu lah..boleh bergambar2 berposing2 berlagak konon2 korang"mermaid" ikan duyung ala mak jemah.


 Lepas pulang dari pangkor serta merta kulit anak ku berbelang ..haha sibudak itam. sampai kan makcik sedara yang xpernah jumpa kata..

"erra nape anak ko gelap..mak ayah nya putih je.."  erk!

kalau zavier boleh bersuara..mungkin dia protes balas..
"iyelah mak kita kan pakai sunblock..i mana pakai pape" haha=P

drama la kejap.


paling best part main pasir..orang lain(anak buah yang baby2 gak) main elok jer.. dia sorang je bila mak dia terleka sikit..happp!! makan pasir macam makan nasi, cuma xde lauk je! hahah! adoiii anak orang asli mana nih. semua ketawakan zavier huhu.. zavier ni lah..xyah lah tunjuk sangat batak tu hehe..kalau yer pun semngat sgt xpernah nampak pasir kan.. ='D *maknye pun join ketawa sama sambil malu malu siput*


Zavier... kalau besar nanti rajin rajin lah bawa mak kau pulak ya nakk.. ke pantai... mana tau mak time tu dah tuaa cepat sentap ngan dunia ni.. haha
perlukan ketenangan gituuw.. itupun kalau mama panjang umur huhu =P

My favourite view.. after kitorang solat asar jama' takhir berjemaah. kami pun bermain bermanja dengan air laut Pangkor.. Subhanallah.. sunset.. indahnya tidak bertepi.... Allahh!! T__T


Permandangan  di sepanjang jalan pulau..

Jangan risau bab makan, pakaian , keselamatan..permainan.. semua ada sediakan disini... sempurna dimata ku (bagi orang yang jarang ke pantai haha)
memang memanggil manggil untuk datang kembali...
tak terasa seminggu sudah kami berada disini... Alhamdulillah

InsyaAllah.. semoga perkongsian ini bermanfaat..
Untuk apa lagi hidup didunia ini.. selain meng abdikan diri pada Tuhan , membaiki  diri dan menghiburkan keluarga yang tercinta. tanpa mereka kita bukan siapa2 juga.. dimana kesusahan disitu mereka ada sedia membantu.. Jangan pernah berkira dan kedekut dengan keluarga sendiri.. kelak mereka pergi dah tiada guna lagi hendak disesali..
selagi masih hidup..
sayangi sungguh sungguh Ibu Ayah sayangi keluarga..



"keberkahan/Keberkatan hidup ada pada orang yang kita cinta.. Ibu"


wasalam. daaaa see u in the next "bebel" cerita..

TWEET TWEET