Jun 7, 2017

Penerbangan Yang Paling Indah Bersama Malaysia Airlines





Hey korangggs!









Kali ni aku nak share dengan korang tentang penerbangan antara yang paling best terbaik yang pernah aku lalui, mesti korang nak tahu kan?? pleasee kata nak..


Okey sini nak cerita,
Awal tahun hari tu.. Aku, Umey, nekLilis dan Zavier pergi holiday ke Malaysia.Disebabkan kitorang malas nak memenatkan diri berenang redah lautan dari Jakarta ke Malaysia..haha So we olls decide untuk ke sana
naik flight jer! hee Of course lah kitorang pilih Malaysia Airlines! Korang nak tahu tak sebab ape?

Sebab ada tawaran untuk tiket pesawat yang murah tau u olls! Tanpa fikir panjang kitorang pon gunakanlah peluang yang ada ni. Sekali sekala apa salahnya kan..selalu pun takpe hahhaa ok .tak lawak.


Kalau korang nak tahu, Malaysia Airlines ini merupakan top 10 the world’s best airline dan pernah dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax. Hebat kan! Mesti korang tertanya-tanya Flight routes yang disediakan oleh airlines ni?
Tak payah cakaplah, memang banyak sangat korang.. dimana u ollss boleh terbang ke 60 destinasi di Asia, Australia, Timur Tengah dan Eropah. Bagi aku, offer cheap flights from the best airlines ni adalah satu perkara yang sangat berharga. Selain itu, flight system yang tersedia sangat mementingkan keselesaan para penumpang.




Untuk pengetahuan korang this flight menawarkan tiga jenis kelas penerbangan tau u olls antaranya ialah kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi.
We olls pilih kelas ekonomi jer tapi apa yang memeranjatkan kitorang adalah seats yang we olls dapat tu selebar 17 inci. Fuh!! lebar tu..memang tersangat selesa tak tahu nak terangkan macam mana..hhaha..

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan jauh tu confirm korang akan rasa sangat selesa.
Haaa, tapi tu baru seats untuk kelas ekonomi saja u olls, belum seats kelas pertama dan perniagaan lagi. Bertambah-tambah selesa lah jawabnya. Silap-silap tidor tak sedarkan diri nanti! lol='DSelain itu, Airline ini juga ada provided bantal dengan selimut untuk passanger, pergh!Macam dah kat rumah kan..memang sangat selesa..


Selain daripada ciri keselamatan, terdapat juga pelbagai kemudahan asas lain turut disediakan seperti in-flight entertainment system yang sangat hebat untuk memastikan para penumpang mendapat layanan yang memuaskan serta pengalaman penerbangan yang tidak dapat dilupakan haa gittu!. Setiap tempat duduk dalam pesawat ini dilengkapi dengan sistem Audio Video on Demand (AVOD) yang menakjubkan. So..korang boleh layan movie, layan radio atau main games.

U olls tak perlu risau, sebab korang boleh enjoy dengan semua hiburan tu tanpa mengganggu ketenteram penumpang lain pun sebab mereka juga ada menyediakan headphone yang excellent. Nak buka volume sampai pekak telinga pun boleh lah cerita dia! hahha. Sound dia memang rare! Kalau dengar radio, rasa macam dunia ni kita yang punya! hahaha Astaghfirullahalazhimm..bawa-bawa bertaubat erra kau diketinggian yang melampau kau sedar tak..?
Kerana aku sempat insaf maka aku pasang bacaan talkin ayat alquran jer..ekeke Jangan risau memang ada! Korang dengar lah khatam satu quran pun tak pe.. amboi rajin Tapi serius memang ada. layannn la sampai tertidur k...



Tengah sedap lena dibuai lagu mendayu dayu.. tiba tiba.. terhidu sesuatu.. serta merta perut mengeluarkan bunyi.. "krukk krakk krukk.." dah macam bahasa thailand pun ade haha.. Rupanya.. bau tu datang dari arah belakang..
Rupa-rupanya paramugari sedang menghidang dan mengagih agihkan makanan.. Sekarang aku nak cerita bab makanan pulak..haaa

sape x suka makan kan! Siapa kata kalau travel with cheap flights tak ada meals? Haaa korang jangan fikir macam tu okey! Diorang pon ada menyediakan meals tau! Menikmati makanan dalam flights ni memang satu experience yang tak boleh aku lupakan sebab airlines ni menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan lazat serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

So, tak perlu risau lah kalau nak makan apa-apa hidangan yang ada, kan? u olls boleh jer pilih makanan yang terdapat dalam menu hidangan yang telah tersedia samada nak rasa hidangan antarabangsa mahupun hidangan tempatan. And the best thing ever is, korang juga boleh dapat free meal okeyy!! Best kann..hahaha benda free of course semua orang suka..amboii~

Walaupun makanan biasa-biasa jer tapi kalau dah nama pun makanan free, semuanya sedap weh! Janji perut kenyang betol tak??Haha. Rasa bahagia tu sampai kau menulis entry ni pun kau masih boleh tersengih sengih.. hehe



Last but not least aku memang tak nafikan bahawa semua cabin crew dalam flight Malaysia Airlines ni sangat peramah dan professional. Sebab tu secara personally, aku rasa this is the best airlines in Malaysia. So, korang nak tunggu apa lagi?! menarilah! Cepat la book tiket di Malaysia Airlines flight tickets online sekarang! Nak tunggu Erra Kyra yang belanja memang sampai berjanggut pun takut kau tak merasa beb.. haha.. OK lah tu jelah nak cerita.. So far service diorg ok ..puas hati. tak de masalah lagi sampai berlaku kejadian "tiket hangus". sebab diorang memang sangat menjaga passengger mereka..Setia akan tunggu.. memastikan sebelum terbang semua nya bereh.. Jujur aku suka camni.haha sebab aku selalu datang airport lambat!grr faham faham jelah Jakarta. kalau tak macet bukan Jakarta nama nya.. ='D


Tak payah cerita lah.. macam macam pengalaman dah aku lalui dengan berbagai jenis pesawat Kapal terbang .. Nak cerita panjang.. tak pe, kita cerita yang best best dulu ok.. Kalau nak best. Saya pilih Malaysia Airlines..! *tarian hawai~ sikit*






Tq awakk dah terbangkan saya..awak dah berjaya terbang terbang di hati saya juga.. auchh~ 
hahaha *muah ckit..







******************behind the scence*******************




"Aku mabuk di atas awan.... Oh Tuhann.."


 *setelah berada diketinggian di atas 10.000 feet (3.000 m) di atas permukaan laut


"Ya Allah kerdilnya akuu...Kalau aku jatuh ni..komfem selamat tinggal dunia..
Tuhan matikanlah aku dalam iman dan redha Engkau ya..." sok sek..sok..sek..
*pastu tetibe terbayang muka shomi LOL='D












2 comments:

Sue Izza said...

bila laaaa nak rasa ni heheheh comel la egha ni hehehe

mamapp said...

MAS servis dia mmg puas hati

TWEET TWEET