Oct 22, 2017

CARA RAJIN SOLAT TANPA TERLAMBAT







Assalam,,!!
ini beberapa tips yang Erra terlintas untuk share dengan pembaca.
Kalau rasa rasa merapu boleh lah angkat kaki dari sini huhu
senang kan. :P
takde sape paksa wakk
(Ini adalah entry rujukan untuk Erra seaidainya kalau erra lupa..dan mula lalai huhu mudah mudahan 
Erra dan kawan kawan Erra bisa istiqomah utamakan Tuhan..)







1. SAIKO.KITA YANG KUASAI FIKIRAN KITA.

Maksud disini contoh masa kita nak main hp main komputer atau main apa je hehe tetibe azan!
wah. camne pulak kans..? So masa ni lah kita kene fokus kepala kita dan katakan..

"Allah yang utama.. Dahulukan hak Tuhan.. kamu mampu..kamu mampu!"

cakappp terus.. sampai kita tinggalkan semua dunia kita. 
haa masa tu lah tanpa sedar .. sedang kita berwudhuk dan angkat takbir.. 
Syaitan dan kuncu2 nya tengah saling bertumbuk saling menjerit2 bengang kepanasan. sakit hati!! sakit hati macam orang putus cinta eh! haha





2. GAMES.pasang Jam loceng atau set kan dalam kepala ini game.kau mesti menang!

10 atau 5 minit sebelum azan. aku harus diatas sejadah.. 
bisik kat diri sendiri dan katakan..

"Kalau kau berjaya..bermakna kau hebat"

haha.. bukan nya apa.. bukan lah nak suruh nak ajar korang rasa diri hebat buat beribadah haha jangan salah faham lak.. Maksud kuh disini ialah..
kita cabar diri kita! kita jadikan hal ini satu "GAME" dan kau sedang berada dalam dunia game tu..hehe tentulah kita nak menang! menang dan hebat dari setan! haa! kan best kalau menang!! haha

nampak macam mudah hakikat nya tak semua orang mampu oii.. dalam dunia yang sedang menggamit gamit ni tetibe kau nak tinggalkan serta merta demi menunggu azan! memang power lah! lagi power kalau kau tunggu azan tu kat masjid (bagi lelaki) haha cayalah! RESPECT !!




3. DEAL.Suruh sesiapa ingatkan kau.

contoh kau ada mak. kau mintak mak kau ingatkan kau kalau nak tidur kejut kan bangun waktu sekian2.. Contoh kau ada adik atau kakak suruh diorang bantu kejutkan. ingatkan waktu jam untuk kau bangun! bangun dan ready di sejadah.ready untuk sembah Tuhan.

waktu ni.. mungkin tanpa sedar.. Allah tengah nilai kau. tengah kasi ganjaran besar pada kau.
bayangkan.. kita dah niat buat baik je..

 contoh

niat: "nak kutip sampah lah kalau aku lalu kat taman nanti"


Allah dah kasi pahala dulu! itu janji Tuhan dalam kitab AlQuran..Walaupun kau lalu kat taman kau (lupa) kau tak kutip pun sampah. .yaAllah.. baiknya Allah.

apatah lagi kita tidur dah niat nak bangun untuk siap awal solat! lagilaahhh mulia. lagilah berganda pahala.. sekalipun terlewat jugak.. pahala niat dah comfirm2 masuk dulu. Baikkan Allah??!




4. 24 jam bertapa di Masjid ! 

haha itu kalau kau jenis rajin dudukk je kat masjid. comfirm solat selalu awal..





5.Sediakan Sejadah depan mata. telekung atau kopiah depan mata.

automatik.. setiap korang lalu dan lihat. korang akan rasa serba tak kena . serba salah.untuk melewatkan solat.

Dan InsyaAllah lama2.. solat selalu jadi awal kerana kita dah nampak sejadah depan mata selalu.^^





6.MAIN DENGAN API, atau

buat ni gagal.buat nombor 2 gagal! nombor 3 gagal! semua lah gagal!! Kau memang loser giler.. jenis tahap dah terbiasa sangat sampai kau memang susah gila nak dapat solat awal waktu.. jangan kau awal waktu. solat pun selalu tangguh2.tinggal2 kan.

SEDIA LILIN. LIGHTER KAT SEBELAH. NYALAKAN.
KALAU KAU TERLAMBAT . KAU NYALAKAN. DAN SENTUH API TU SESAAT.. ESOK2 KAU UP KAN SIKIT..  2SAAT. KAU BUAT PERJANJIAN DENGAN DIRI KAU 

"Kalau aku gagal harini aku kene hukum diri aku"

begitu juga jika kau tertinggal solat.



OK. Kalau rasa macam eksperimen ni kejam sangat hahahaha

Aku suggest kan.. Kau niat tebus dosa saja.

apa itu tebus dosa??

SEDEKAH. 

kau lambat harini kau sedekah lah kat siapa2..kau belanja makan lah siapa2.. Kau dah tangguh2 kan solat harini.. kau niatlah sedekah juga.. kau tertinggal solat. taubat. ganti solat! dan sedekah juga!! niat Allah sudi pandang dan bimbing lagi agar menjadi orang yang semakjn hari semakin baik dalam hal ibadah.









InsyaAllah..
Kita usahakan yang kita mampu..
ini adalah tips yang dah beberapa kali erra cuba dan berjaya..
doakan.. Semoga bisa istiqomah..

insyaAllah..bak kata syaheizy sam.
"dimana ada kemahuan disitu ada jalan"

kata Tuhan pula..

Man jadda wajada..
"siapa yang bersungguh sungguh pasti berhasil"




















barang ready stok lagi!.
jubah gamis set (bapa dengan anak)
size tersedia anak 0-2th sahaja
berbagai warna pastel 
bisa pesan via 
whatsapp 6281210003451 Indonesia

Whatsapp agent Malaysia 018-9584845 




















1 comment:

kak gojes said...

tipsnya bagus ni...terbaik

TWEET TWEET