Dec 2, 2017

TENTANG UJIAN. SIAPA PERASAN.












Siapa perasan..

Allah akan menguji mengikut kesukaan ,kecintaan seseorang hamba terhadap sesuatu selain padaNya.

Andai kata dia suka berkawan. Dia pasti dibagi ujian tentang yang namanya kawan.
Kadang buat baik salah, buat jahat lebih lah salah. Disitu lah Allah uji untuk meninggikan derajat seseorang..kalau Allah sayang.

Andai kata..
 pula dia suka gile dalam dunia berbisnes. Dia pasti diuji dengan berkaitan dengan sekitar dunia bisnes. Ada saja masalah menyebabkan bisnes sedikit goyah..ada saja berkaitan dengan duit.. Masuk deras keluar juga sama.. Sebab Allah nak uji sejauh mana tulus dalam mengingati Nya sambil beribadah berniaga..

Andai kata..
Bercinta dengan seseorang..
Terlalu sayang sehingga selalu memikirkan selalu takut akan sebuah kehilangan. Setiap masa curiga dan cemburu.. Maka Allah ingin memperlihatkan Dia benar2 wujud dan lebih setia dari kekasih hati nya. Maka diberilah ujian yg berkaitan..

Andai kata..
Cinta berlebihan pada anak sehingga melebihi cinta dan ingtan pada Tuhan.. Ada saja cara Tuhan.. Diuji berkaitan anak, Menguji pula hamba nya sesuai dengan kamampuan hambanya.. Agar lebih dekat dengan Nya.

Andai kata.
Berlebihan suka pada diri..
Begitu juga cara Tuhan untuk mengingatkan Dia adalah layak dilebihkan dan diperhatikan.. Diberikan ujian berkaitan diri agar makin tinggi iman..

Andai kata.
Suka tahap maksimal pada hobi nya kerja nya. Sehingga Tuhan jadi nombor dua.. Tentulah ujian yang Tuhan hadirkan dalam bentuk berkaitan rapat tentang kerja dan hobi nya..

Dll...

Semua bukan kerna Allah benci..
Kerana Allah sayang..Allah nak kita selalu.Allah taknak kita jauh dengan syurga..

Allah kasi ujian supaya kita faham maksud(hikmah) Tuhan.. Supaya kita sedar kita sedang lalai.. Kita sedang menduakan Nya.. Kita sedang lebih kan dunia dari Dia yang Maha segala galanya..

Tapi.
Berapa ramai yang perasan.?

Tapi berapa ramai yang "melihat" maksud dari semua yang Tuhan ingin sampai kan..?

Tapi.
Berapa ramai yang mampu menundukkan diri.melepaskan ego nya untuk muhasabah diri dan mengakui kelalainya pada Tuhan..

Tak mudah.
Faham tak mudah.
Kita semua sama.
Di level yang Allah masih uji dan ingin Allah beri rasa faham Dia. Merenung dan fahami maksud tersirat dan tersurat.

Untunglah Allah masih uji kita.
Allah masih mahu kita.
Allah masih nak kita.

Sebab tu bila tanpa ujian..
Kita senang saja..
Kita perlu cemas..
kita perlu gelisah..
Berkerut dahi.

"Apakah Allah sedang tidak ingin aku..?"
maka terus takut untuk ketawa berlebihan, gembira berlebihan.. Risau ujian lebih berat sedang "otw datang". Cemas sekali, takut Allah dah murka pula. Risau Allah kasi dan kasi bahagia sampai kita hilang Tuhan..😭😭😭

Ada lagi..
Ada yang lebih memperihatinkan.
Lebih disedihkan..

Silap kita.
Silap kita lagi.

Bila ujian datang pula.

Kita semberono marah menggila. Mencaci hamun tanpa ada malu dan rasa ada dosa diri punca.

Lebih malang merasa Tuhan sengaja dan tidak sayang akan diri nya.

Malunya.

Malunya..

Malu....

Kita nak Allah. Tapi rupa nya kita belum kenal Allah. Kita belum faham apa "hint" Allah. Kerana rasa cinta kita hanya pada dunia nya saja.

Sudahlah.

Allah tunggu dah. Allah masih nak kita sama sama cinta dan faham Dia.

Tulisan ini pun rupanya sebuah ujian juga..
Allah yang beri rasa dan buat hati ingin menulis disini. Padahal bole
h saja simpan dan diam sendiri.

Sebab Tuhan masih ingin kita sama2 faham kerja Dia.

......

UJIAN

- tanda Allah sayang
- ada bentuk nikmat susah dan senang
- tanda Allah ingin meninggikan derajat kalau orang itu orang yang Allah masih sayang dan peduli(Orang beriman & bertaqwa)
- adalah markah yang akan dibawa untuk disana.pengadilan terakhir.
- kemewahan berlebihan kesenangan tanpa syukur dan ibadah.tanda Allah dah makin benci.. Allah biar serba bersenang2 didunia biar dineraka tersiksa.. Allah..
- mematangkan seseorang fizikal,mental dan ruhani.
- waktu yang berkualiti untuk merenung(muhasabah diri) dosa apa yang belum ditaubatkan yang menghijab/menghalang.









#pesananbuatdirikuselalu #samasamapunyaujian #ujiantandaAllahsayang #tiadaujianistighfarselalu #perlumenangisselalu #dekatkankamiyaAllah #fahamkankamiyaAllah #tinggikanderajatkamiyaAllah #sampaimati

-www.errakyra.com

12 comments:

Ana Suhana said...

Tak semua yg kita suka baik pada kita. Dan tak semua yg kita tak suka tu buruk pada kita. Ujian salah satu tanda Allah syg pada kita. Sebabnya bila di uji pasti kita akan sentiasa ingat dan dekat padaNya kan. Cuba saja kalau kita sentiasa gembira bahagia tanpa ujian, berapa banyak masa kita ingat pada Dia kan.

Betty Liew said...

You will not know what type of test that you will go through. But take it as life challenge and face it.

Kak Sue said...

Allah bagi ujian semampunya kita..

cc kak fas said...

Setiap dugaan Allah ada hikmahnya... hadapilah ujian dgn sabar dan tabah...

Nadia Johari said...

baca pun sayu je..

Bella Jamal said...

Terima kasih atas tulisan ni. Saya harap dapat ambik iktibar dan muhasabah diri. Kadang2 tak sedar semua ni :)

Mek Onie said...

Awak, kita pernah kena. Saat tu, kembali kepada fitrah dan sekiranya ujian tu tak berlaku. Sampai bila onie tak kuat. Onie percaya, bahawa setiap ujian tu ada hikmahnya. Alhamdulillah.

Amanda Suria said...

Thats we call a life challenge dear...what ever it is..allah menguji insan yang dia yakin mampu menerima dugaan..baik kecil mahupun besar..

Fadzi Razak said...

Betul tu. Kadang-kadang bile kene uji tu rasa macam Allah tak sayang ke. Sebenarnya Allah uji kite sebab nak kite dekat dengan Dia je

Ririey Zaries said...

bersyukurlah siapa yang sedar awal tu. ada setengah orang dah bertimpa2 dugaan pun masih tak sedar. mitak dijauhkan kita semua dari keadaan yang macam ni. :)

Ika Sani said...

Setiap duka pastiada bahagia . Cuma tunggu saat yg sesuai sahaja

Bro Framestone said...

Bro kadangkala rajin juga bagi nasihat dekat laman sosial. Walaupun nampak macam tuju pada orang lain, sebenarnya ia ditujukan pada diri sendiri.

TWEET TWEET