Dec 20, 2018

FASHION WINTER MUSLIMAH BY ERRA KYRA : BLACK FURRY OUTER





PEMIKIRAN KU TERLUAHKAN..
Erra kyra, Europe 2018 



Islam itu indah,harmoni,damai dan saling cinta, creative, produktif dan saling menghargai.

Itu yang aku rasa tentang Islam.

Kesenian Islam selalu mendapat tempat dimata dunia

dari sudut ekonomi,kesenian,kebudayaan,pendidikan,dll

terutama dari sudut SENI

Seni bagi aku luas.

Dan aku salah seorang pencinta dan pemburu nya.

SENI juga ada dalam dunia FASHION

melalui dunia mode. 

kalau dalam bahasa terkini 

MODEST

(fashion islamic atau brands Muslim)




Aku memang suka semua yang berkaitan seni.

dan Alhamdulillah kerna Tuhan beri peluang pada aku untuk keliling Eropah.
(rasa mimpi!)

Aku persiap kan dengan matang.

aku Lukis!
aku sketch design apa yang aku nak pakai nanti.

secara jujur.

aku niat beli saja. tapi semua kedai di jakarta(maklum kita cuaca tropika)
so agak susah waktu tu nak jumpa baju tebal tapi yang agak sesuai citarasa.
kadang jumpa biasa jer pun tapi harga luarbiasa. tak bestlah.

Jadi terhasil lah sendiri.

Alhamdulillah jadi.
cantik dimata dan dihati.

oklah. kalau dimata korang just so so.. (biasa jee) =__=

its okay.. tapi secara kepuasan dan kenyamanan pada aku.
memang aku proud lah.(puji diri sendiri haha)
tapi serius , aku puas hati.
bukan faktor ini aku buat.aku design or sebab "aku"

tapi sebab aku sendiri yang rasa . pakai.
yang tatap 
gituu
XD
(Terima kasih Tuhan.. sebab Tuhan yang izinkan)

tadaaaaa!! 



Jadilah Outer ala jubah ala sweater musim winter 2018 aku..


5 Januari 2018, Paris
Masa ni cuaca memang sejuk tahap meluap luap.
Dan aku memang pakai 4lapis.
lapisan terakhir aku sarungkan saja 
Outer nih.
terbaik ah.
membantu sangat.

pilihan kain yang tepat, pemilihan kain dalaman yang tepat.
combination swaroski yang tepat, renda yang tepat.
jenis bulu tepat.
sangat memain peranan.
cuma spoil nya .

Tukang jahit aku tu lupa buat poket.

sofar, sarung tangan lah penyelamat aku. dari tangan beku.




DETAIL KAIN BULU HITAM yang sangat soft.




sedikit touch batu2 blink kesan mewah kesan lebih elegant .

Renda pilihan 3 layer hitam memberi impak touch yang sangat cantik dimata dan unik.






Jenis kain yang tidak terlalu berat ,tapi tebal dan "jatuh".. 



Sesuai di Mix and Match dengan dalaman apa pun, seluar atau kain.

TOUCH PINK reben manik dibelakang. kalau tengok dari dekat lagi cantik. serius. sampai ada orang di Paris diam diam kata Ibu Ibah.. snap reben erra tu masa Erra di kafe.






Add caption

Bersama Ibu Ibah.. yang biasa Erra panggil.. Mama. Mama yang selalu support apa saja idea dan pemikiran erra yang serabut unta kekadang nih hehe

detail dari dekat. masa ni Erra try mix dengan boot.sebab katanya nak main ski..tapi tak jadi.faktor cuaca.

Detail Mak limah balik kampung dari dekat.. XD


Sekian lah.. Moga anda terinspirasi.. doakan Erra mendapat nama di sejarah dunia Mode . Mana tahu rezki balik Paris satu hari nanti dengan title membanggakan negara. =)) Doa anda lah penting buat saya. tanpa doa sahabat, keluarga saya bukanlah siapa siapa dimata Tuhan saya. Doakan juga saya istiqomah dijalan yang Allah redhai..

Sebarang idea,komentar (cari gaduh=P) bolehlah mesej erra di contact me!^^ =P








 Ok Guys! semoga "bebelan" Erra kali ni tentang Outer Furry ni memberi inspirasi atau memberi
peluang korang miliki. Sebarang tempahan atau lebih dari 5 item harga special deal. 


#ContactMe #Boutique #DesignerErraKyra #diaryOnline #ErraKyraEurope #errakyradotcom



# InsyaALLAh nnti kita sharing tentang LONG SKIRT ERRA KYRA pula..

Dec 19, 2018

#1 PESAN ATOK - PANDANGLAH BESAR DOSA ITU


Sajak : Pandanglah besar dosa itu








Pandanglah dosa itu amat besarnya sekalipun dosa kecil sahaja.

Kerana kalau Allah tidak ampunkan ia tetap ke Neraka.

Dosa adalah kemurkaan Tuhan.

Selagi di dalam kemurkaan-Nya, menjadi hijab
pada seseorang hamba.

Oleh itu jika terbuat dosa cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya.

Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya.

Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya.

Tapi mungkin kita tidak terasa.

Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan.

Selama di dalam kemurkaan Tuhan,

segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya.

Atau sepanjang masa itu apa yang diberi

adalah di dalam kemurkaan-Nya.

Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya.

Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya.

Bila sudah hilang keberkatannya.

Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya.

Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang.

Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.

Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada.

Sekalipun pandai jiwa panas, gelisah sahaja.

Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena.

Gelak ketawanya hanya pura-pura.

Billa keseorangan, jiwa gelisah mula tiba.

Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita.

Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan.


-Pesan Atok




Alfatihah.





Moga dijauhkan dari Istidraj dan bala ..
Ingatan buat diriku yang selalu lalai dan berdosa,,Syukran Jad... T__T

STROLLER TWIN KESUKAAN ERRA KYRA NI PUSING EROPAH. PANDAI DIA JAGA ANAK ANAK I !^^









"BESTNYERR SSTROLLER TUU"

Pantang nampak stroller cantik, kemas, flexible , ringan.. power
lajuuu jerr mata kenyit kenyit =P

Sejenis tudung beli 10ribu rupiah pun takpe, asalkan dapat beli stroller anak yang best=P
best tak semesti nya mahal, best pandai cari dapat murah.

Alhamdulillah sofar semua stroller setakat ni takde yg tersimpan semua nya terguna termanfaat..

mungkin kalau dah tak pakai(zavier dah sekolah rendah)
passing kat adik2 dia(kemainn macam ramai haha)



Ok Korangg..
Biasanya kan kalau hantar zavier tanpa mba2(means pembantu)
biasanya takde 
Kalau jalan sorang dengan anak anak.. Nilah stroller pilihan erra..
Dalam banyak2 stroller.. Ni favourite erra..
 Erra sejenis mak2 yang suka belek stroller
 dan ganti stroller(sebab anak2 jnis pencinta duduk dalam stroller gak) 
termasuk suka usha stoller cantik org lain gak😅.. 
Sejenis mak bukan hantu ganti hp bukan gadjet bukan juga kereta.
 Sekurg2 nya bermanfaat tuk anak dan perasaan mak yg letih bekerja. 
Ni reward dia. Nak pilih pun macam pilih menantu, hehe memilih lamaa buat research nya 
sampai beribu2 jam..siang malam huhu Tp Alhamdulillah selalu berbaloi.. 
Terus bermanfaat.. Terima kasih Tuhan..💕








*pakguard yang selalu jadi mangsa photographerku.. ðŸ˜„
sorry kerna gwe update di IG jadi nak taknak bhsa gwe pun jd bahasa more to jakarta..huhu 



lena betui Joie twin tido dengan depa nih!

Stroller ni sampai dari online shop TOKOPEDIA beberapa hari sebelum nak terbang ke Eropah..
Alhamdulillah disana termanfaat sangat.. walaupun tayar tak smooth bugaboo (brand terkenal dan mahal) tapi alhamdulillah  adik beradik tayar ini soleh solehah belak.takde buat perangai ,takde stuck atau rosak..atau pun degil tak sehaluan. sofar baik2.. lancarr saja

ini iklan bibir itik atau stroller Zav??

ZAV and Zehra on the way  Amsterdam central

ini kisah korang jalan ker.. tentang stroller nih erra?? tolong explain! XDD *anggap sajalah ini iklan traveloka.com yang lalu.. takdelah bengang sangat

kenangan indah bersama stroller nih.. sampai kalau masih pakai stroller ni Zav still can remember. "mama.. stroller ni lah kita jalan jalan dulu naik flight jumpa eifel" kemainn kauu lancar otak ingat nah!=)) eifell ZAV bunyik macam epal tersepit.."eeepell" sebagai mak yang sejati.. aku senyum dan buat muka bangga saja..XD

Kalau cuaca terlalu sejuk kadang tom akan berbaik dengan jerry .kerana tidak mampu bergerak atau bergaduh! haha

Alhamdulillah....anak2 nyaman tidur di stroller twin nih.. senang nak control depa dua. senang nak buat depa makin akur dan "brtolak ansur" *sambil tangan kat bahu mata juling ke atas, LOL

Ini lah gaya stroller Joie twin main skiii.. lantai tu bukan berlecak! tapi licin giler!

nenek muda memang camni.. pantang nampak kamera dia senyum haha! CONGRATULATIONS JOIE TWIN STROLLER! berjaya sampai ke Gunung Tertinggi Eropah. Gunung ice Jungfrau!!wowww tapi serius penat.. tak sesuai bawak anak2 naik train sampai atas sekali tuh! tapi tetap kenangan indah.. huhu rindu.

masa ni anak anak dah mula letih giler.. mak? tetappp semangat!=DD

kena penyek pipi ker dik..? bertabah yer.. 

budak ni time sejuk menggelupur nilah dia buat perangai tak bagi mak dia masuk kedai haha (alergik mak masuk kedai!)

okayyh..kita tolak sama sama mah..satu dua tiga lintasss!

disebalik tabir perjalanan bersama JOIE TWIN

pipi tu tak boleh lebih penyek lagi ker?  haha


Sekianlah. sedikit review merapu dan semoga ini membantu meyakinkan anda bahawasanya stroller twin ini memang lah best.bermanfaat dan sangat sangat sesuai juga untuk travel anak dua macam kami ni ha.. cuma pastikan saja anda bukan travel pakai stroller ni ke dasar laut. atau di dalam mall sesak orang,atau jalanan lorong2 tikus dengan alasan nak shortcut jalan ker . jangan buat pelik sangat. haha sekianlah. Semoga juga terhibur. Anda terhibur,moga Allah hiburkan saya pula.. *kenyitmata sikit* ok daaa

Assalamualaikum...




#joietwin

#diaryonline

#errakyradotcom

Nov 26, 2018

PERKAHWINAN, TUJUAN DAN FALSAFAHNYA | KENANGAN MERAIKAN MAJLID WEDDING ADIK ERRA KYRA AUFA RAFIQ




Hai korang.. harini erra terjaga awal.. jam 3pagi waktu Jakarta..
rindu korang..
rindu nak borak borak dengan korang.. kat sini..

Haritu dapat balik 3minggu.. 2 minggu tanpa zavier dan suami(abang Dany)..
Erra fokus bantu wedding adik erra yang number enam dari sembilan beradik.. dia adik betul2 bawah Erra..



Aufa Rafiq & Azreen Wedding Reception




Alhamdulillah berjalan dengan baik..
Nampak mewah dan gah..moga barakah..
Islam nampak harmoni dan indah..
Padahal kebanyakkan nya DIY(do it yourself) sendiri..
jam tidur takyah citer lah.. pengantin lelaki dan perempuan pun jadi kuli sebelum raja sehari =D




dari baju, backdrop , meja tamu, meja hiasan , photobooth dll..

selebihnya ada sedikit sebanyak adalah dari tempat sudah sediakan..

Tak lupa juga katering from Delirasa
Semuaa kata sedapp

Tq yang sponsor baju wedding Nura bridal
Sentuhan by Erra Kyra (boleh order yaa kalau berminat.  Sewa pun xmasalah 😂)





MasyaAllah..
haritu merupakan hari bahagia..
Kerana disitulah moment Keluarga dikumpulkan semuanya..
dari pihak keluarga belah ayah Erra mahupun belah Umey..

Paling gembira tentulah Umey..
sebab ada ayah hadir juga..
dalam tak sihat tapi masih gagah meraikan..

Alhamdulillah segala puji dan syukur pada Tuhan..
bertambahlah keluarga besar kami dengan kehadiran oranag baru..
biasa panggil dia Yeen..atau ayeen..

manis, kreatif(cam kak erra dia juga haha), pandai ambil hati, pandai bergurau, sopan..
Alhamdulillah..moga Allah pandu Ayeen selalu dalam keluarga barunya ini..mudah mudahan Dia menjadi isteri solehah yang taat setia dan menjadi kekuatan buat Afiq dalam berjuang..

semoga kapal perjuangan afiq bertambah laju dan maju dengan kehadiran isteri..




My new family.. InsyaAllah bidadari dunia dan akhirat..







Satu hal yang mengharukan Erra adalah..

"Kak erra ni lah kakak ipar yeen.. Dia suka baca blog kak erra.. dia pun tak sangka yeen kawen dengan adik kak erra.. Dia silent reader kak erra tau.. bla..bla.."

sebelum majlis akad nikah berlangsung.. sempat kami berbual..

perasaan..?

Teruja campur cemas..

teruja kerna tak sangka blog biasa ni menjadi minat orang yang sangat jauh dan erra tak kenal dalam diam.. walaupun blog ni "merapu yang banyak dari manfaat nya huhu"


Cemas..?

cemas.. kalau orang tak dapat apa apa yang baik dari blog erra ni,.. dahlah jarang jarang menulis.. sekali post risaulah tak dari hati.. sebab sebelum ni sempat.. erra fikir sekadar update je takyah
 nak dari hati bagai.. yang penting setiap hari ada post..


rupanya Erra salah..

kita ni hidup..
sekecil apapun.. mesti dari hati.. sebab bila kita buat dari hati barulah ianya nampak ikhlas.. dan
sampai dihati pembaca.. buat apapun tidak kira lah bukan bidang menulis sekalipun.. kita buat dengan hati yang jujur ikhlas.. maka hasilnya akan indah..

contoh..


nampak macam kecil je jasa kita tolong hidang pada suami air ksosong..
hari hari..

simple..
tapi tanpa kita sedar itu lah yang membuat dia senang hati dan rindu dengan hasil simple istiqomah kita.. bila tiada itu yang dicari.. dan.. hal kecil itu lah Allah pandang..

takyah jauh jauh.. ambil kisah Imam AlGhazali..
menulis punya banyak kitab..
tapi sebab masuk syurga Allah kata.. kerna memberi setitis lalat makan tintanya(ink) (dari buah)..
asbab beliau masuk Syurga.

nampak kecil? disisi Tuhan itu besar..


sorry lah kalau cerita pasal suami tadi cam tak sampai jer punchline haha
maafin lah ya.. maklumlah pepagi buta erra menaip ni..

nak ngorat suami, suami nyenyak tidok haha(apa ko merepek nih, tetibe sangat haha
)
oklah korang..

enjoylah menikmati santapan gambar gambar dari kamera pink erra ni tau..

moga terinspirasi yang baik baik sahaja..

Design by Erra Kyra
Sponsor bridemaids dress by Zaheera Gallery
Alhamdulillah... Terima kasih Tuhan.. terealisasi.






bersama kesayangan sepupu2ku..

membawang ape tuu ^^

kakak Nabila bersama cik Aina,kakfyda dan cik adda

bersama cinte2 hati^^


bersama sahabat2 aka founder2 usahawan berjaya dunia akhirat,.. ;D


muke xcukup tidur XD dengan pakcik2ku yang soleh..huhu



single. boleh PM tepi haha


yg belakang tuuu kemainn haha

sahabat dari sek rendah.. my bestfriend masa sek rendah pun datang.. Reha muahh

bff sekolah menengah.. founder AlAthiyah hihi jumpe xsah potpet2 bedua haha

pakcik drar




paksu maksu.. yg laki tu adik bongsu umey erra yg ke 7




bersama adik dan kakak ayen.. comel kann^^


kawan2 sekolah mai buat reunion kat sini haha maaf lah kalau xterlayan korang.. TQ korang.. sayang lebihh!
dari kiri keena,jannah hassan,jannah hamdan, sheila

cikdad berwefie sat.. penat jd artis.. hihi

bersama kawan lama ,myspace yg baik hati gile depa ni xleh gwe lupa ..
sangat welcome ikhlas selalu setiap kedatangan Erra

my heart,my Queen,my kakak,my bestfriend,my ustajah,my cikgu,lengkap sepakej

keluarga besar belah pengantin lelaki




allah..Allah.. konon macho letuu sumee hihi


Keluarga belah Pengantin perempuan.. ramai family dia dah balik masa ni..







Qathrunnada khas menghiburkan majlis .. sejuk hati^^








Perkahwinan atau mendirikan rumah tangga merupakan permulaan untuk terbentuknya sebuah masyarakat islam.Dari rumah tangga yang mengamalkan islamla akan terbentuknya sebuah masyarakat islam. -Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi





Tujuan perkahwinan 

  1. Oleh kerana laki laki ada nafsu kepada perempuan dan sebaliknya,maka untuk mnyelamatkan keadaan, perkahwinan adalah perlu untuk menghindarkan terjadinya perbuatan zina. Ia memberi saluran yang halal bagi mereka untuk memenuhi keperluan nafsu masing masing
  2.  Dapat melahirkan keturunan yang akan menyambung tugas manusia sebagai khalifah Allah yang harus berusaha untuk menegakkan agama Allah dan sebagai aset yang berharga di akhirat kelak.
  3. Islam dapat direalisasikan dalam suasana keluarga (solat,makan berjemaah dll) sebelum tercetusnya masyarakat islam yang lebih besar..
  4. Dapat meraimkan umat islam dan ini menjadi kebanggaan Rasulullah S.A.W di Akhirat kelak.
  5. Tidak terputus keturunan disamping niat untuk memberikan hiburan kepada pasangan masing masing.


Qasy Syaikh Dr.Hisyam bin Khalil Al Hausauny Hafihaullah:
"Semakin dekat seorang suami dan seorang isteri denganRabb nya , maka akan semakin sedikit perselisihan rumah tangga diantara mereka"



4 Tips agar rumah tangga menjadi Syurga

1.Jauhi dosa
2.Terangi rumah dengan solat dan AlQuran
3. Rumah yang nyaman dan tetangga yang baik
4. Jangan mencari cari kesalahan pasangan

"Terangilah rumah rumahmu dengan shalat dan membaca Al Quran"(HR.Bihaqi)







Sama sama kita doakan.. 

"Moga Mahligai perkahwinan yang dibina selalu dalam perlindungan Tuhan dan selalu
dalam bimbinganNya.. InsyaAllah bahagia selalu dunia dan akhirat"







yang baik itu dari Tuhan..
yang kurang/buruk mohon maaf dari kelemahan diri Erra..
see youuu in the next entryy!^^ daaaa