Tapak kaki dah bertapak di Amsterdam
yang ada dalam fikiran diwaktu itu adalah..
"yaAllahhh tak sangka nya finally sampai juga..Amsterdam Belanda, perhentian pertamaku di tanah Eropah"
yela 14 jam di dalam flight!huhu
Alhamdulillah..
keluar dari kapal terbang.. berasap asap mulut.. sejuk dah mula nak ceroboh segala sendi dan tulang..
tapi tak berjaya!;P sebab dah pun disiapkan dari awal segala mak dan nenek baju tebal yang berlapis lapis..
Rehat di Hotel
30 Disember 2017.
Tiba maghrib kami di Airport
sesampai dihotel ,kami rehat dulu lurus kan pingang yang mana terpeleot2 tu huhu.. letak barang.. Masih santai.. Baju dah mula punggah, bilik hotel yang fresh dah mula bau rumah(i mean suasana rumah,selesa). Tetap kegemaranku.. Kerana tanpa anak anak, aku mungkin akan berasa kosong didalam ruangan yang indah disini..
kami pesan dua bilik..
bilik lelaki.
dan satu bilik lagi buat mama, Erra dan anak anak..
perut bunyi.
kami semua bersiap mencari makanan dimana mana restoran diluar hotel kami..
anak anak dibungkus rapat..
tak sabar menunggu hari esok....
Pengalaman di hari pertama di Amsterdam , Netherland Musafir kami bermula... |
![]() |
Selamat Pagi.. Muka manyak ceria walapun kelam kabut cebok anak sambil diri sendiri nak siap jugak! haha |
![]() |
Bersama Pasangan yang tinggal di Belanda. Sahabat kami Isteri from Indonesia dan suaminya orang belanda. |
![]() |
sejuk masa ni.. memang sampai tahap ko wajib pakai sarung tangan.. |
![]() |
bag yang selalu melekat dibadan |
![]() |
Ni didalam Amsterdam Centraal |
![]() |
Holland Village. ni kawasan perkampungan Belanda.. serius lah. kampung?? cantik kott. nak nangis kampung depa gini haha |
Suasana nelayan di kampung Belanda.. Sini famous juga dengan Keju dan Ikan goreng tepung nya.
|
![]() |
luruhh.. kerana musim winter tiba... masa ni kat luar sikit2 hujan salji menyambut kedatangan kami.. Macam tak percaya dah sampai sini.. aduh.. boleh gila pikir ni.. huhu Terima kasih Tuhan... |
![]() |
Tempat-tempat perlancongan utama Amsterdam, termasuk kanal-kanal bersejarahnya, Rijks museum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum, Hermitage Amsterdam, Anne Frank House, Amsterdam Museum, dan kedai kopi cannabisnya(ganja) menarik lebih dari 3,66 juta tourist mancanegara setiap tahunnya.. |
![]() |
sesi berfoto keluarga di kanal Amsterdam. Kanal (Canal) |
![]() |
The Canal's of Amsterdam |
![]() |
My favourite out fit of the day in Amsterdam. |
![]() |
Bersama Arieff.. my hulusi hehe... yang baik dan penyabar dengan kakak nya haha.. Sian ayiep.. kuat jiwa. boleh ikut lag :'D |
![]() |
Bersama mama ditengah tengah jeti, tengah kanal.. |
ALHAMDULILLAH.. Kami menginap hotel ditengah kota Amsterdam ,Netherland..
Tidak penuh dengah manusia lalu lalang.. Agak lengang.. Sekali malam datang .. Lebih padat dan ramai yang merayap.. Oh malam nya meriah.. Penuh dengan lampu dan asap.. Asap winter dan ganja dimana mana hehe.
Amsterdam, basikal..
Istimewa dengan ciri khas nya.. Basikal. Dari basikal yang tua dimamah usia.. Sampai lah basikal minimalis yang terkini dan termodern..semua kita akan jumpa. Cantik dan yang sederhana..tiada yang buruk kerana yang buruk itu terlihat lebih unik dan berharga..
Amsterdam, Kanal..
Disebuah kota yang terkenal dengan kali.. Tak ubah seperti longkang gergasi.. Tapi indah. Indah bukan kerana airnya.. Tapi kerana dikelilingi oleh banggunan2 tua dan basikal yang parking dipinggir kali..kali yang unik dan sungguh bikin mata tak henti menguja.. Canal.. Terdapat ribuan boat dan kapal, sampan kecil.. Semua boleh naik asalkan ada tiket.. Kita dibenarkan menjelajah ke seluruh kota Amsterdam. Bertuah. Kerna aku salah seorang yang merasa di atas canal.. Melihat dari dekat setiap banggunan dan pinggiran jalan yang tak ubah seperti didalam filem dongeng... Tak tahu nak describe macam mana lagi... Sungguh hati rindu... Rindu ingin disini lagi...
Amsterdam,Kota tua
Punya Banggunan lama, lama yang berharga dan mempersona. Ciri khas Kota Amsterdam yang selalu pasti mengusik hati sesiapa saja untuk jatuh cinta.. Punya khas rekaan banggunan yang hampir sama tapi berbeza.. Memang susah untuk sama tapi macam sama! Haaa erra pun bingung mau cerita dan gambarkan macam mana dalam bentuk tulisan ni.. Ibarat kalau kita makan donat dan keria. Bentuk hampir sama rasa, nama dan warna tak sama..😂😍
Amsterdam, Ganja.
Disini legal. Legal buat pengurusan jual atau beli daun ganja atau biji ganja.. Asli. Tidak apa apa kalau nak cuba.. Amannn.. Selamat untuk dimakan dihisap atau dimasak. Tidak akan dipenjara.. Haha erra bukan duta ganja yaaa.. Tapi tidak lah juga menentang khasiat yang ada pada daun ganja nya.. Apa lagi menentang orang yang memang hobi pada nya *jeling seseorang haha
Perjalanan di amsterdam singkat dan padat kerna esok nya terus flight ke paris.. Mungkin masuk tahun baru kami dah ada disana..
Kenangan di Amsterdam tak berakhir disini... Kerana pengakhiram destinasi eropah.. Kami akan ke Amsterdam semula.. Flight direct ke Jakarta dari Amsterdam..by Garuda Airlines..
Memory lain yang akan erra cerita di lain entry Amsterdam.. Tentang sweet2 anniversary Erra dan Abang Dany di amsterdam.. Tiadalah khusus special.. Tapi kadang yang sederhana dan spontaneous itulah yang terkesan dan membahagiakan...
Alhamdulillah...
Sujud syukur dan malu pada Tuhan tanpa henti.. Maafkan kami yang terlalu kurang tapi terlebih nikmat..moga Allah redha dengan perjalanan permusafiran kami kali ini...
Indah.
Rindu.
Dua kata yang tepat untuk Bumi Eropah.