Apr 6, 2018

PENGALAMAN DENGAN EX! BERCINTA DENGAN LIPAS!

Pengalaman buruk dasyat


Haritu erra ada update kan.. Pasal cerita dasyat buruk dan baik..

Hehe serius nya nak tahu
(eh eh baru tahu ker haha)

Eh eh tak kisah ker

Haha

Takpelah kene lah cerita juga..

Supaya mimpi boleh lena

Korang jangan cerita kat sape2 ya bila dah baca.  (confident gile haha)
Share je takpe! ๐Ÿ˜œ

Ok.

Berita mana dlu ni.

Ok buruk dulu lah.  Kang sedap2 dah makan nampak lipas tak lalu pulak yg selera tadi..  Haha

Ehmm..  Jangan banyak ketawa sangat erra.  Hati gelap.

Ok. Baik.

Huhuhu...

Kisah nya begini.

Adoi.  Korang pernah nampak tak lipas?  Kompem pernah.  Dan jenis yang terbang2 pernah tak korang nampak depan mata?

Ok tak yah jawab tahu dah.

Nak dijadikan drama tgh malam.

Ok sabar erra sabar.

Geram dan marah dan sakit jiwa tu masih wujud okeh!

Walaupun peristiwa ni dah makan minggu jugak.

Aku ni dah trauma lipas sejak kecik. Berawal dari sekolah rendah lipas masuk dalam selimut yang guwe suka selubung! Dan bayangkan dia join sama.

Ok itu ok lagi.

Masuk sekolah menengah zaman asrama gak.  Memang aku anak asrama jarang duk rumah. Time asrama dlu kitorang selalu ada turn usrah(kumpulan) untuk digilirkan masak.  Dapur nya ni kat belakang rumah kedai.  Yang tahu.  Diam.  Haha ustad atau cikgu yang handle ni memang semua pelusuk rakyat jelata kat situ kenal.  Ustaz azmi.  Ok.  Aku bukan nak cerita tentang ustaz ni.  Aku nak citer pasal lipas.  Hbis je turn kami masak.  Menggoreng menanak nasi dan membawang(potong bawang bukan mengumpat haha)..  Ntah dari pihak mana pegi spray buat agenda membasmi longkang2.. Secara kebetulan longkang tu memang searah dengan longkang dapur kitorang.  Tengah relax meregangkan segala urat dan otot.. (sebab dah selesai masak dan mengemas)

Ko bayangkan segerombolan lipas sambil berterbangan keluar dari lubang longkang tu menuju ke arah kitorang..  Apa lagi!

Angkat kain setinggi mungkin.  Lintang pukang!
Rasanya chetah pun kalah. Laju nak matik semua megah lari macam lumba lari di litar sepang.  Memang power kalau diingatkan semula.

Allahhh!!  YaAllahhh!!  Koranggg!!

Dah amacam anak tambi kehilangan mak pun ada. Menangis menjerit. Sambil hingus pun tak kisah dah.  Takut dan geliman punya pasal.

Menggigil.

Sejak tu.

Aku memang betul2 anti lipas terbang.lipas duduk. Lipas tersungkur.  Atau pun lipas mati.

Mungkin aku akan ambil jarak tujohpolohtujoh meter.  Walaupun bangkai!

Aku takut.  Aku terngiang2 . Terbayang.. Takut kalau dia pura2 mati bila aku nak angkat buang dia.

Itu memang benar aku geli campur trauma.
Sungguh perasaan itu kembali semula.

Pernah hilang??
Hilang trauma. Takut.
Ya.

Takut itu anugerah.  Yang Allah bagi kita rasa.  Tapi kita boleh hilangkan.  Sebab bagi Allah mudah saja.  Lagi kalau kita berusaha.  Mestila boleh.  Manjjadda wajada.  Siapa berusaha dia berjaya.  Akan ditunjukkan jalan.

Takut.  Trauma itu mindset.
Aku cuba buang.  Aku cuba positive kan.  Saiko kan diri aku benda tu biasa je.  Buat ape takut.
Well.  Itupun selepas mak mertua aku asyik kacau emosi aku kata itu mindset je tu..  Haha aku takleh blah betul.  Dia tak bagi aku terlalu over takut geli lipas.  Tapi dia boleh lak geli2 ngan ulat ,ular๐Ÿ˜‚ but bagi aku lak tak kisah. Aku jenis melawan dan pantang dicabar.  Tapi style aku gini lah.  Aku tak de lah sampai kecikkan hati orang tua.  Kene dengan xara lah pun nak melawan tu.  Aku balas balik..  Mama.. Bayangkan ada ulat pulak.. Erra hadiah ulat.  Haishh jangan macam2 erraaa.. Haha dia cuak.

"Alaaa.. mindset je tuu" mengusik nakal.
 . Dia tergelak besar.  Aku pun ape join sama.

Tapi perbualan mesti tak berhenti disitu. Otak aku masih berfikir. Sebab aku rasa apa dia kata tu memang betul pun.

So dri situ lah aku latih hati aku kental.  Nampak lipas aku tak lari. Aku cabar diri aku. Aku spray dia(lipas) dengan baigon(ubat lipas macam ridsect tu)
Jakarta terkenal dengan jenama tu. Aku tak kisah lah.  Apa jenama pun.  Asalkan.  Aku dah berani tembak depa sampai k.o... Peningkatan buat aku yang selalu lari..  Belum berperang dah kalah!!  Hahah

Aku puas.  Aku dpt menguasai emosi aku.  Jiwa aku yang mereka itu memang pengecut dan aku lah yang berkuasa ha ha ha (gelak jahat giant ) masa tu aku anggap depa ni patrick je.  (apesal kartun siri doraemon dan spongebob jadi satu nih!  Lantaklah๐Ÿ˜‚)

Best. Mindset aku aku berjaya ubah setelah aku dah kawen ada anak.  Kalau tak.  Bangkai lipas suami lah yang buang.  Suami yang tengah khusyuk main game terpakse lari dulu semprot(spray) baigon ke depa selamatkan bini.

Dan.

Ntah macam mana.  Takdir aku berubah lagi.
Kerana ambisi terlalu semangat berkuasa nak membunuh lipas.  Disebabkan dia hitam dan lebih besar dari biasanya.  Aku spray banyak kali sambil kejar dia.  Dia panjat dinding..  Ko bayang kan.  Aku jengket spray lagi sambil dalam hati aku kata.  Kuat giler dia ni.  Tak tumbang. ( Tp katanya bape minit baru lipas boleh terkesan.  Mabuk dan K.O... ) aku yang tak sabar sangat huhu.  Konon dah terlebih berani.

Sekali.
Ambik ko.
Dengan tengah sambil dukung anak qaisara(zaheera)
Tiba tiba dia serang balik! Dia terbang weyy!! dia terbang tepat kearah muka aku!!!
Aku jerit sambil lari mundur sambil spray dia!!

*bersambung..


Adik saksi mama lari dengan adik kann kann? ?!!๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†



No comments: