Jun 2, 2018

Permulaan sejarah Zaheera Gallery




ZAHEERA GALLERY

Nama yang diberi..

Pengganti butik lama yang dah dimamah usia dan pengalaman..

Bahagia dengan nama nya..

Banyak kenangan dan emosi.

Demi kejayaan yang lebih matang dan lebih serius..

Ku cuba menumpang keberkatan nama anak..

Mudah mudahan rezki semakin laju mengalir..

Dapatlah berkongsi bersama keluarga dan rakan kesayangan..

Februari..

Bermula sejarah diterpa.

Bermodalkan logo

Upah bantu kawan

Kata suami.

Semoga berkat.

Rasa macam mahal kataku(yang tak mengerti apa2, biasa buat sendiri, design sendiri) ..

Takpe.  Dia kawan,  dia pandai buat logo. Mesti berbaloi..

Saling membantu..

Hasilnya memang indah.

Mau begini dan begitu.

YaAllah..  Jadi.

Sangat sesuai harapan..

Dengan bangga nya kini aku mempromosikan nya

Tanpa melupakan nama butik yang lama..

Lamanya dia penuh jasa..

Walaupun tak berjaya mencipta nama tapi berjaya sudah berkhidmat dan membuat ramai orang jatuh hati jual beli berurusan dengan nya .

Misi diteruskan.. Dengan niat baru..

Kini

Yang ku tanamkan pada diri adalah..

Bukan pada namaku
Nilai
Atau pun kemegahan

Tapi

Keberkatan..

Berkat nya nama ni adalah kerana..

Seseorang yang hebat juga berikan nama pada dia(anakku ) ramai.  Serentak suruh kasi dengan bunyi yg sama walaupun dgn bentuk tulisan yg berbeza.

Zaheera

Cahaya yang berkilau.

Bright.

Alhamdulillah..
3bulan sudah dalam dunia kancah perniagaan..

Satu permulaan yang tak direncanakan..

Dapat promosi didepan media rakyat, dipentas dan diperagakan..

Tanpa aku bayar.
Tanpa aku mintak..

Dan tanpa aku rancangkan..

Semua.

Last minute.

Sahabat2 menjadi tulang kekuatan

Sungguh percaturan Allah itu indah.

Kalau kita faham kerja Tuhan yang memegang handle dan stering perjuang, kehidupan..

Pasti dia berikan. Jauh lebih bagus dari yang kita rancangkan.

Hebat nya Tuhan..

Segala sesuatu tiada yang mustahil buat Nya..

Semoga Allah terus pandu perjuanganku ini..

Semoga jauh dari kata sepi..

Semoga mendekat segala sudut dan rezki.. Rezki berkat..  Rezki yang mendekatkan lagi pada yang Maha Hebat..


-errakyra.com








Alhamdulillah..

Jumpa di next entry..

"Fashion Show Ramadhan Zaheera Gallery x Hijab Hunt family"

1 comment:

Sue Izza said...

Alhamdulillahhhh semoga terus sukses erra,kak sue doakan dari jauh.