Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sep 26, 2018

Kalau anak umur satu tahun buat salah. Apa mama perlu buat?




Anak dah makan
Anak dah mandi
Anak dah susu

Biar main. Disebelah.  Sambil mak urus balas wasap dan cantikkan feed ig. 

 Sekali dia tegur dengan muka seakan.. 

"mama cantik tak zaheera"
Dia buat muka sengih kerang busuk. 

Seolah kalau boleh cakap mungkin dia akan tanya camtu😂


Allah...


Cantik sangatt
Pandai anak mama creambath rambut dgn lotion😅
Ada bakat ni.


Dah puas mandi lotion dah?
Meh mama lap kan.. 


Comelnya anak aku kalau tengah comot.
😂😌


Bagi aku. 

Budak setahun memang tak faham ape. 
Tak guna kau marah. 
Cuma boleh kau buat.  Puji dia dan tegur.. 
Benda ni kegunaan nya untuk apa.  Fungsi nya untuk apa. 

Sekali sekali takpe. Biar dia explore.
Terokai dunia dia sendiri yang jiwa nya sentiasa ingin tahu. 
Kalau tekan botol lotion ni keluar apa. 
Warna apa. 
Kalau keluar banyak jadi camne. 
Kalau rata kan kat lantai jadi apa😂

Best kan. 
Tapi jangan selalu anak. 

Cara aku. Step untuk tegur anak 3tahun kebawah..  

1.aku puji dan minta baik2 . Terangkan.. 
Faham kan.  

2.tegas. mata tenung. tatap mata anak dan fahamkan. 

3.jauhkan dari stuasi berbahaya dan ke tempat yang sepi.  Diamkan dia sekejap. biarkan dia melemiaskan marah atau sedih.. kemudian agak bebeapa minit, Datang dan peluk.  Kemudian fahamkan. 




Umur setahun biasa nya guna step 1 je.  Dah ok dah.   Depa cuma nak happy je.  Takde sikit rasa takut.  Kalau macam abg Zav dah pandai bela diri( i mean melawa) haha..  So kena step kedua dan ketiga.. Insyaallah mak dan anak akan ok 😂

fahamkan menurut erra.

1. kau bebel lah

2. kau puji dia sambil terangkan kenapa salah. dan apa keburukan,risiko nya kalau tak dengar kata seorang ibu.

"abang tu cerdik, bukan tak faham mama kata.. benda tu tak boleh dipegang bahaya. ulat tu ada kuasa gatal.kalau manusia pegang manusia akan gatal.abang nak cuba..? nanti kalau gatal jangan minta tolong pada mama" 

kita kasi peluang dia rasa. plus ancam sikit haha sebab ada jenis budak lagi dilarang lagi dia nak buat. jadi cara camni selalu berkesan untuk zavier. Dia tak berani buat. sebab kita "suruh".haha dan kita kasi tahu dah akibatnya.


bila kau takde maid. life must go on ^^




Oh ya... kemarin Pakcik fathul sempat luangkan masa dengan zavier dan Zaheera di Jakarta sebelum berlepas ke Mesir sambung study..

Alhamdulillah dia dah sampai sana..

seronok tengok dia update di ig story perkembangan dan pengalaman dia di mesir mudah mudahan satu hari nanti mama erra dan dua Z ini dapat kesana jumpa cik Atun^^






di Cimory Indonesia. with Uncle Fathul Islam

1 comment:

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah said...

alhamdulillah, setuju dengan semua langkah tu. anak-anak kecik ni memang kena psikologi jugak la kita si ibu ni :D