Pagi2 dengar berita tentang flight terhempas dilautan.. Hati
terus berdebar kencang..
Apa dalam fikiran mula terimbas lagi..
YaAllah...
Inilah gambaran yang aku dapat rasakan ketika dalam perjalanan ke malaysia seminggu lalu..
Waktu tu rasa nyawa bagai dihujung tanduk..
Aku menangis tak henti henti..
Boarding.. Dalam flight..
Tak pernah2 begini..
Dada sesak.. Dada senak..
Kenapa ya Tuhan..
Aku bertanya dalam hati..
Adakah sebentar lagi aku akan benar2 pergi..
Kenapa aku secemas ini? Tak pernah camni. ..
"Apa aku akan buat jika betul aku akan mati.. ? "
Terlintas..
Terus laju jari menaip..
Laju jari menaip meminta maaf pada semua..
Terutama pada suami, mama umey dan semua. .
Semua group tak ketinggalan..
Berdebar. . Bagai sedang menunggu tangan kematian..
Adakah aku siap..
Aku redha ya Allah jika Engkau redha..
Maafkan aku amalan aku masih sedikit..
Hati aku masih bernoda..
Tapi aku yakin Engkau Maha Pengampun ya Tuhan. .
Jangan biarkan aku Tuhan..
Sedih bertalu talu..
Teringat mama cakap sebelum lepaskan di imegresen passport..
"kan nak jumpa umey.. Kan nak pulang kampung kenapa sedih? "sayu mama dengan sedikit hairan
Jujur.. Ketika itu berat.
2minggu berpisah bagai selama lamanya takkan berjumpa lagi. .
Tatap wajah suami terakhir..
Berat tapi pasrah..
Aku dan zaheera saja.
Kapal terbang dah mula nak berlepas..
Tak pernah aku begitu perihatin dengan seatbelt..
Aku jadi orang yang paling semangat meyarungkan nya.. Terutama di badan zaheera.. Kalau boleh jangan lepas sepanjang berlandas dan berlepas di awangan.
cemas..
Itulah perasaan terakhir kali
Yang aku pernah rasakan
Seminggu yang lalu sebelum selamat jejak
Malaysia
Aku ingat lagi.
Aku kata kat Tuhan..
Sedang anak tidur nyenyak bersandar didada,kuat peluk dalam dakapan..
"Tuhan.. Kalau betul lah apa yg aku rasakan ini.. . Engkau kan Maha menyelamatkan, Engkau kan Maha berkuasa, Engkau lah maha segala galanya. .Sungguh kau boleh menyelamatkan nyawa anak ku ini.. Biarkan dia apung dilautan dengan nafas.. Boleh kan dia hidup ya Tuhan.. ? Agar menjadi penerus ku, menyelamatkan ku kelak. .Moga dia jadi anak solehah yang setia mendoakan aku jika aku tiada"
Pramugari menyapa tiba tiba..
"maaf kak, bisa dimatiin hp nya? "
Jari masih menaip, post di ig yg terakhir.. Gmbar diriku dilautan.. Dengan caption post ig terakhir hidup dan matiku untuk Allah.. Sungguh bukan berlinang lagi. Aku menangis..
Dengan harapan
Moga penghujung ku yg indah..
Tuhan..
Menyoruk2 muka dri dilihat orang. .
Sudahlah duduk sendiri nnti orang kata nangis sebab ditinggal suami. Haha sempat gelakkan diri sendiri dalam hati.
Lap air mata..
Tak boleh lelap.
Kuat pegang zaheera..
Zikir tak henti...
Sampailah
Pap!.. Bagai direntap
Setelah lebih kurang sejam berlalu...
Datang perasaan tenang setenang2nya..
YaAllah..
Mana pergi perasaan berdebar kencang tadi???
Aku fikir aku yang tak betul ni.
Aku berfikir.. YaAllah. . Maafkan aku Tuhan sudah bersangka2 buruk dengan Engkau..
Kerusi sebelah erra dibiar kosong..
Aku berganjak merenung luar tingkap..seatbelt masih ketat terikat dibadan..
YaAllah.. .
Apa pasal aku pelik sangat nak naik kapal terbang kali ni?
Biasanya biasa saja..
Sedikit takut apatah lagi cemas
Biasanya excited dan gembira
Siap boleh pakej tidur nyenyak layan movie sama..
Allah..
Tayar bam!
Sentuh di bumi..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah.....
Sampailah selamat mendarat...
Anak yang tidak mengerti apa apa.. Dengan seatbelt yang tak lepas dibadan huhu.. |
Sesampai aku tiba. . aku happy tak terkata melihat ada ayah umey..
Salah satu group sahabat yang erra post. .Minta maaf macam tak kan jumpa lagi dah. .. Sebelum ni nak balik malaysia, balik je xde lah gelabah nak mesej orang bagai.. Huhu
![]() |
Group jiran Erra yang paling banyak support erra.. |
![]() |
Gambar terakhir erra post dalam flight 20 oktober.. |
![]() |
Post di IG masa ni dah selamat sampai di airport KLIA disambut Ayah dan umey.. Alhamdulillah.. |
Speechless
Yang sambut aku dan zaheera.. Di airport kali ni. Senyuman ayah umey..
Aku teruja. . Tapi bila ingat balik, lantas tanpa basa basi, aku luah dan cerita perasaan dan gambaran yg bermain dlm fikiran ku kepada Umey.. Serta merta.
Umey terus sambut kata kata menenangkan...
Allah. . Alhamdulillah dah selamat sampai kan.. ?
Aku iya kan saja sambil hati dan fikiran masih tinggal sisa rasa yang sampai sekarang aku tak boleh lupa..
Begitulah kawan kawan. ..Kematian dan ajal bila bila masa sahaja. .
Mungkin 5 minit kedepan mungkin esok hari. .
Moga sama2 selalu menyiapkan hati dan diri..
Indah nya kata selamat tinggal dunia, jika semua telah redha akan kita.. Semua dah maafkan kesalahan kita..
Berita kematian adalah nasihat, iktibar dan sebagai peringatan pada kita semua.. Kita cumalah hamba dan pasti akan kembali semula kepadaNya.. Jangan sia sia kan peluang hidup yang ada dengan melupakan Dia..
Kematian sentiasa ada
Tidak kira masa
Tempat
Dan apa jua keadaan kita..
Salam takziah Flight JT 610 Lion Air Jakarta ke Pangkal Pinang. Moga Allah mencucuri rahmat .. Dan bersama dengan ruh orang2 yang beriman..
AlFatihah.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜