Dec 20, 2018

FASHION WINTER MUSLIMAH BY ERRA KYRA : BLACK FURRY OUTER





PEMIKIRAN KU TERLUAHKAN..
Erra kyra, Europe 2018 



Islam itu indah,harmoni,damai dan saling cinta, creative, produktif dan saling menghargai.

Itu yang aku rasa tentang Islam.

Kesenian Islam selalu mendapat tempat dimata dunia

dari sudut ekonomi,kesenian,kebudayaan,pendidikan,dll

terutama dari sudut SENI

Seni bagi aku luas.

Dan aku salah seorang pencinta dan pemburu nya.

SENI juga ada dalam dunia FASHION

melalui dunia mode. 

kalau dalam bahasa terkini 

MODEST

(fashion islamic atau brands Muslim)




Aku memang suka semua yang berkaitan seni.

dan Alhamdulillah kerna Tuhan beri peluang pada aku untuk keliling Eropah.
(rasa mimpi!)

Aku persiap kan dengan matang.

aku Lukis!
aku sketch design apa yang aku nak pakai nanti.

secara jujur.

aku niat beli saja. tapi semua kedai di jakarta(maklum kita cuaca tropika)
so agak susah waktu tu nak jumpa baju tebal tapi yang agak sesuai citarasa.
kadang jumpa biasa jer pun tapi harga luarbiasa. tak bestlah.

Jadi terhasil lah sendiri.

Alhamdulillah jadi.
cantik dimata dan dihati.

oklah. kalau dimata korang just so so.. (biasa jee) =__=

its okay.. tapi secara kepuasan dan kenyamanan pada aku.
memang aku proud lah.(puji diri sendiri haha)
tapi serius , aku puas hati.
bukan faktor ini aku buat.aku design or sebab "aku"

tapi sebab aku sendiri yang rasa . pakai.
yang tatap 
gituu
XD
(Terima kasih Tuhan.. sebab Tuhan yang izinkan)

tadaaaaa!! 



Jadilah Outer ala jubah ala sweater musim winter 2018 aku..


5 Januari 2018, Paris
Masa ni cuaca memang sejuk tahap meluap luap.
Dan aku memang pakai 4lapis.
lapisan terakhir aku sarungkan saja 
Outer nih.
terbaik ah.
membantu sangat.

pilihan kain yang tepat, pemilihan kain dalaman yang tepat.
combination swaroski yang tepat, renda yang tepat.
jenis bulu tepat.
sangat memain peranan.
cuma spoil nya .

Tukang jahit aku tu lupa buat poket.

sofar, sarung tangan lah penyelamat aku. dari tangan beku.




DETAIL KAIN BULU HITAM yang sangat soft.




sedikit touch batu2 blink kesan mewah kesan lebih elegant .

Renda pilihan 3 layer hitam memberi impak touch yang sangat cantik dimata dan unik.






Jenis kain yang tidak terlalu berat ,tapi tebal dan "jatuh".. 



Sesuai di Mix and Match dengan dalaman apa pun, seluar atau kain.

TOUCH PINK reben manik dibelakang. kalau tengok dari dekat lagi cantik. serius. sampai ada orang di Paris diam diam kata Ibu Ibah.. snap reben erra tu masa Erra di kafe.






Add caption

Bersama Ibu Ibah.. yang biasa Erra panggil.. Mama. Mama yang selalu support apa saja idea dan pemikiran erra yang serabut unta kekadang nih hehe

detail dari dekat. masa ni Erra try mix dengan boot.sebab katanya nak main ski..tapi tak jadi.faktor cuaca.

Detail Mak limah balik kampung dari dekat.. XD


Sekian lah.. Moga anda terinspirasi.. doakan Erra mendapat nama di sejarah dunia Mode . Mana tahu rezki balik Paris satu hari nanti dengan title membanggakan negara. =)) Doa anda lah penting buat saya. tanpa doa sahabat, keluarga saya bukanlah siapa siapa dimata Tuhan saya. Doakan juga saya istiqomah dijalan yang Allah redhai..

Sebarang idea,komentar (cari gaduh=P) bolehlah mesej erra di contact me!^^ =P








 Ok Guys! semoga "bebelan" Erra kali ni tentang Outer Furry ni memberi inspirasi atau memberi
peluang korang miliki. Sebarang tempahan atau lebih dari 5 item harga special deal. 


#ContactMe #Boutique #DesignerErraKyra #diaryOnline #ErraKyraEurope #errakyradotcom



# InsyaALLAh nnti kita sharing tentang LONG SKIRT ERRA KYRA pula..

Dec 19, 2018

#1 PESAN ATOK - PANDANGLAH BESAR DOSA ITU


Sajak : Pandanglah besar dosa itu








Pandanglah dosa itu amat besarnya sekalipun dosa kecil sahaja.

Kerana kalau Allah tidak ampunkan ia tetap ke Neraka.

Dosa adalah kemurkaan Tuhan.

Selagi di dalam kemurkaan-Nya, menjadi hijab
pada seseorang hamba.

Oleh itu jika terbuat dosa cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya.

Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya.

Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya.

Tapi mungkin kita tidak terasa.

Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan.

Selama di dalam kemurkaan Tuhan,

segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya.

Atau sepanjang masa itu apa yang diberi

adalah di dalam kemurkaan-Nya.

Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya.

Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya.

Bila sudah hilang keberkatannya.

Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya.

Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang.

Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.

Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada.

Sekalipun pandai jiwa panas, gelisah sahaja.

Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena.

Gelak ketawanya hanya pura-pura.

Billa keseorangan, jiwa gelisah mula tiba.

Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita.

Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan.


-Pesan Atok




Alfatihah.





Moga dijauhkan dari Istidraj dan bala ..
Ingatan buat diriku yang selalu lalai dan berdosa,,Syukran Jad... T__T

STROLLER TWIN KESUKAAN ERRA KYRA NI PUSING EROPAH. PANDAI DIA JAGA ANAK ANAK I !^^









"BESTNYERR SSTROLLER TUU"

Pantang nampak stroller cantik, kemas, flexible , ringan.. power
lajuuu jerr mata kenyit kenyit =P

Sejenis tudung beli 10ribu rupiah pun takpe, asalkan dapat beli stroller anak yang best=P
best tak semesti nya mahal, best pandai cari dapat murah.

Alhamdulillah sofar semua stroller setakat ni takde yg tersimpan semua nya terguna termanfaat..

mungkin kalau dah tak pakai(zavier dah sekolah rendah)
passing kat adik2 dia(kemainn macam ramai haha)



Ok Korangg..
Biasanya kan kalau hantar zavier tanpa mba2(means pembantu)
biasanya takde 
Kalau jalan sorang dengan anak anak.. Nilah stroller pilihan erra..
Dalam banyak2 stroller.. Ni favourite erra..
 Erra sejenis mak2 yang suka belek stroller
 dan ganti stroller(sebab anak2 jnis pencinta duduk dalam stroller gak) 
termasuk suka usha stoller cantik org lain gak😅.. 
Sejenis mak bukan hantu ganti hp bukan gadjet bukan juga kereta.
 Sekurg2 nya bermanfaat tuk anak dan perasaan mak yg letih bekerja. 
Ni reward dia. Nak pilih pun macam pilih menantu, hehe memilih lamaa buat research nya 
sampai beribu2 jam..siang malam huhu Tp Alhamdulillah selalu berbaloi.. 
Terus bermanfaat.. Terima kasih Tuhan..💕








*pakguard yang selalu jadi mangsa photographerku.. ðŸ˜„
sorry kerna gwe update di IG jadi nak taknak bhsa gwe pun jd bahasa more to jakarta..huhu 



lena betui Joie twin tido dengan depa nih!

Stroller ni sampai dari online shop TOKOPEDIA beberapa hari sebelum nak terbang ke Eropah..
Alhamdulillah disana termanfaat sangat.. walaupun tayar tak smooth bugaboo (brand terkenal dan mahal) tapi alhamdulillah  adik beradik tayar ini soleh solehah belak.takde buat perangai ,takde stuck atau rosak..atau pun degil tak sehaluan. sofar baik2.. lancarr saja

ini iklan bibir itik atau stroller Zav??

ZAV and Zehra on the way  Amsterdam central

ini kisah korang jalan ker.. tentang stroller nih erra?? tolong explain! XDD *anggap sajalah ini iklan traveloka.com yang lalu.. takdelah bengang sangat

kenangan indah bersama stroller nih.. sampai kalau masih pakai stroller ni Zav still can remember. "mama.. stroller ni lah kita jalan jalan dulu naik flight jumpa eifel" kemainn kauu lancar otak ingat nah!=)) eifell ZAV bunyik macam epal tersepit.."eeepell" sebagai mak yang sejati.. aku senyum dan buat muka bangga saja..XD

Kalau cuaca terlalu sejuk kadang tom akan berbaik dengan jerry .kerana tidak mampu bergerak atau bergaduh! haha

Alhamdulillah....anak2 nyaman tidur di stroller twin nih.. senang nak control depa dua. senang nak buat depa makin akur dan "brtolak ansur" *sambil tangan kat bahu mata juling ke atas, LOL

Ini lah gaya stroller Joie twin main skiii.. lantai tu bukan berlecak! tapi licin giler!

nenek muda memang camni.. pantang nampak kamera dia senyum haha! CONGRATULATIONS JOIE TWIN STROLLER! berjaya sampai ke Gunung Tertinggi Eropah. Gunung ice Jungfrau!!wowww tapi serius penat.. tak sesuai bawak anak2 naik train sampai atas sekali tuh! tapi tetap kenangan indah.. huhu rindu.

masa ni anak anak dah mula letih giler.. mak? tetappp semangat!=DD

kena penyek pipi ker dik..? bertabah yer.. 

budak ni time sejuk menggelupur nilah dia buat perangai tak bagi mak dia masuk kedai haha (alergik mak masuk kedai!)

okayyh..kita tolak sama sama mah..satu dua tiga lintasss!

disebalik tabir perjalanan bersama JOIE TWIN

pipi tu tak boleh lebih penyek lagi ker?  haha


Sekianlah. sedikit review merapu dan semoga ini membantu meyakinkan anda bahawasanya stroller twin ini memang lah best.bermanfaat dan sangat sangat sesuai juga untuk travel anak dua macam kami ni ha.. cuma pastikan saja anda bukan travel pakai stroller ni ke dasar laut. atau di dalam mall sesak orang,atau jalanan lorong2 tikus dengan alasan nak shortcut jalan ker . jangan buat pelik sangat. haha sekianlah. Semoga juga terhibur. Anda terhibur,moga Allah hiburkan saya pula.. *kenyitmata sikit* ok daaa

Assalamualaikum...




#joietwin

#diaryonline

#errakyradotcom