May 7, 2019

PENGALAMAN UNIKNYA TOKYO sampai terpegang tangan orang jepun ! haha










CINTA WIFI MODEM


Perjalanan Vacation kali ni ditaja oleh Encik suami.Memandangkan dia nak sangat tengok negara Jepun. So dengan bahagia nya saya iya kan saja. Walaupun saya takdelah teruja sangat nak kesana. Teruja sebab pergi ngan dia je=P *sila muntah

Alhamdulillah !
berkat adanya wifi.bukan sahaja memudahkan perjalanan kami yang tanpa Tourist Guide nih. Tapi mendekatkan ikatan antara suami dan isteri ! haha



  • *OH YA NI PESANAN PENTING
  • -Sebelum seminggu nak flight pastikan dulu ,sewa modem di negara sendiri (biasa wifi jepun ada disewakan di agensi Travel)
  • -Pastikan dah ditangan JR pass. (untuk ulang alik dengan keretapi cepat) seminggu sebelum pastikan semua ni )
  • -Kat sana jangan lupa terus buat Kad PASMO. beli brg,naik mrt ker apa semua pakai kad ni. 



Pandai tau dia !
Dia tahu bini dia takleh hidup dinegara orang tanpa WIFI. so mana dia pergi kita kena ada sebelah dia='D . Teknik yang bagus ya Tuan tuan dan Puan puan sekalian.='D Supaya bini takkan berani jadi samurai menghilang ntah kemana mana.. huh! sangat mencabar!XD


  • *Tapi untuk traveling dengan kawan kawan atau family better ambil simcard je. ada je yg murah. 
  • Jangan terlalu berkira dengan "Internet" sebab itu nyawa korang sepanjang disana..



Anak anak semua kita dah start "brainwash" awal awal..

"Mama dan papa nanti takde lama tau.. mama papa ke jepun.. ya zav.. zaheera..!"
Zavier dah faham . awal awal jer macam mengamuk merajuk. sebab dia kata nak ikut jugak!(matilak aku nak explain camne) akhirnya berjaya ditenangkan dengan kata kata manisXD

"Okay .. kalau mama papa pergi.. mama bawak ROBOT GUNDAM untuk abang Zav tauu?"

dia merenung memikirkan seketika hahah

akhirnya deal! dia okay and u guess what. Dia tuntut setiap kali kami video call dengan dia! haha
kurang asem nya anak soleh cinteekuu !

Zaheera?
hmm.. hmm ni sadis sikit lah. sebab dia Jepun pun tak faham tempat apa. cakap nak pergi pun dia buat dek(blur) jer.. sebab dia rasa kalau mama cakap pergi pun biasanya petang dah balik..so dia macam tak heran gitu.. Tapi mak nya lah paling tabah!

Camne aku nak tinggalkan Zaheera nih ya Allah..T__T (Dia masih menyusu badan dan memang Alhamdulillah genap 2tahun ni susu masih subur ='D) Allah ya Karim..



Aku tekad! pulang dari Jepun Zaheera susu botol sahaja.

Moga dia tabah dan Aku kental!




AIRPORT TERMINAL 3 JAKARTA

Malam tu aku berkemas bagai nak rak. Tak tidur. Subuh dah berangkat.. Peluk Zavier yang sedang lena tidur, tapi.. Aku memang tak sempat nak babai2 cayang2 Zaheera . sebab Bibik takut Zaheera nangis so pepagi subuh jam 5 dia dah minta izin nak bawa Zaheera ke warung beli nasi.. aku ok kan sahaja. Rupanya betul betul Dia nak Zaheera jauh dari aku. so aku pergi dalam keadaan terpinga pinga mana Zaheera?! aku nak gomol peluk puas2 takleh. Terkilan sungguh oi!='D Hanya Ibu sejati je faham perasaan tu camnee.. pedih rindu!! belum 11hari lagi nih haha adoii bibikk tau lah semangat sangat nak jaga Zaheera tuu..bawak hilang teruss huhu...='))

"Rasa macam ke Mall jer kita nih" kata Abang Dany..

sambil tolak bagasi menuju tempat check in.Janggal dan rasa aneh kali ni.. berjalan ke aiport hanya berdua. huhu
(sebab memang kami kalau dating berdua mana pernah lama.. biasa paling paling lama pun ke mall je.. sebab somi jenis 'pesyen' suka ke mall tanpa anak ='D)




Oklah! dah check in.

PERJALANAN DARI INDONESIA KE TOKYO JEPUN

mengambil masa 7 jam. 2jam perjalanan kami transit beberapa minit di Singapore kemudian baru direct ke Tokyo.


Sepanjang perjalanan dengan Singapore Airlines..
Alhamdulillah sofar baik baik sahaja..

macam flight yang lain..
sedia makan, selimut, bantal,selipar ubat gigi dll kemudahan...








KAKI DI TANAH JEPUN

Sampai je kami punya flight ke Tokyo tu malam..
macam pening2 ubi je dua dua  bila tiba di Airport HANEDA.
haha rasa cam bangun dari tidur tiba tiba masuk dalam dunia drama ultraman.. semua bahasa depa. tulisan depa.


Sempat lah nampak muka gelabah suami time tu haha
dalam hati guwe.."boleh ke ni dia nak guide aku ni kat negara org camni haha.. awat nampak blur sangat..kita maafkan lah.. sbb baru ting tong bangun dr tidur kan.."





 Tapi memang saya sangat yakin dengan dia^^

Sebab dia orang nya jenis gigih. kalau dia kata "Dia bisa" biasanya dia akan jenis gigih sampai dia betul2 "bisa" sejenis perangai kalau dah nak, pasti akan dapat.

BISMILLAH...

Perkiraan kita.. jam 9/10 sampai kita urus tiket station keretapi kemudian settlekan simcard atau sewa WIFI di Airport untuk aktif internet selama 11 hari..(ni kesilapan kita lah ,sapa suruh tak sewa awal2 dr jakarta.Satu hal kena berbahasa isyarat sewa modem..lama pulak hee) kmudian.. jam 11 camtu atau pling lambat jam 12 dah rehat di Hotel ...

tapi..

Allah sayang kami.

hehe

Allah nak kami belajar..dan belajar dulu.. kan first time huhu

Jam 2 pagi baru dapat landing atas katil hotel haha

Alhamdulillah sebaiklah berkat hotel dan bilik yang indah berjaya buatkan perjalanan yang panjang menjadi kenangan terindah =D


KEJADIAN SALAH ORANG


Dihari pertama destinasi nya ialah ROBOT GUNDAM GILA BESAR  di Odaiba.betul2 berdiri dekat depan Mall DiverCitu Tokyo Plaza, bersebelahan dengan AQUA CITY MALL sebelah nya lagi pula Hotel 5hari kami sepanjang menginap di Tokyo..


  • Patung Robot Gundam ni tinggi dia 19,7meter 
  • lebih tinggi 1,7meter dari Robot sebelum ni.
  • Gundam jenis RX-0 Unicorn
  • Boleh transform dalam dua mode
  • pertama dia boleh bertukar kepada Mode memancarkan sinar berwarna pink disela sela badan nya
  • Kedua mode , Dia boleh keluarkan tanduk ala Unicorn .
  • Mode ini hanya berlaku setiap jam pukul 11 siang dan di jam 1, 3 dan 5 petang.


Ni kalau kena jentik ngan kaki gundam je dah leh sampai direct ke hotel balik ='D

ROBOT GUNDAM ni setinggi Mall Diver City Tokyo plaza ni tauu!

tengoklah orang tengok dia pun bukan setakat kena dongak, kena pusing sampai telinga kena bahu baru full view !XD

jangan kata korang cuba cuba style lentok telinga kat bahu gak?=P eleh cuba lah tuuu kann haha


jalan lagi beberapa langkah kedepan akan ada pula Patung Tiruan LIBERTY tersergam indah di tepi persisiran tasik Tokyo.






Odaiba. Percayalah disebalik gambar couple yang indah pasti ada seorang yang akan berlari ketika "timer" haha



Puas lah kami sakan berjalan... sekitar situ dulu..
 mula nya.. suami dulu salah orang.. nasib baik dia tak sempat pegang atau tarik tangan budak jepun tu..

sebab dia kata dia jalan terlepas tangan dia nak tarik sebelah eh orang lain..

aku dengar.. "panas jer" haha eleh buat2 tak perasan lah tu~ dalam hati mencerca haha=P
muka aku dengar.. poyo jer.. konon tak kesah=P



PADAN MUKA , KENA BALIK !


Disebabkan . Allah tu Maha Adil dan Maha Membaca hati hamba2 nya. pada hari ketiga..

aku kena pulak!

lagi teruk..(geli hati kalau ingat.selebet betul!)

malu okay!

Nasib baik aku berjaya acah2 aku lah mangsa haha

aku jalan menonong jer.. pastu ntah tangan cowok jepun mana lah aku seluk nak gi pegang..sempat lah macam ter pegang dua saat. tersedar terus buat2 macam terlanggar! haha orang tu pulak yang beria minta maaf hahaha*kejam*

blushing betul aku dah! nak simpan mana muka. Nasib baik. dah orang tu lak rasa bersalah lebih lebih, dia rasa macam dia berdiri halang jalan kot.."

aku terus buat muka "eh takpe2" sambil tangan angkat satu.

dengan pantas aku blah. dan mula ON pasang 'Mata James bond" scan suami.

Seriuslah dia nih! mana pulak??

Rupanya tengah asyik sangat ambil gambar langitlah , tianglah, kedailah,kucing yang lalu lah !

lupa bini.
XD

aku yang masih cemas malas nak ceghite dulu.. dah sampai hotel baru buka cite. selesai aku cerita.
dia respon.

Ingatkan dia nak marah ker, cemburu ker kan?

Dia gelakkan aku. gelak ok?

grr

korang mesti ada je teruk pikir bukan2 kann.

sikit pun gwe tak hingin tersentuh tangan mana2 lelaki selain suami.

Tulaa Kau Erra,, gelakkan dalam hati suami salah orang lagi..

kan dah Allah bagi rasa digelakkan seluruh alam dan suami!XD kah!

korang gelak gak..? kojaq kan. haha

dah..dah..! ok janji. besok erra akan citer yang lebih ber ilmiah. Allahh..

cemas...

TOKYO TOWER






  • Tinggi Tokyo Tower ni 634meter
  • Diiktiraf sebagai menara tertinggi di Jepang
  • Berwarna oren dan putih
  • bentuk macam eiffel, nampak sama tapi tak serupa huhu
  • menara terbuat dari baja
  • Menara ini di Taman Shiba
  • Menara Komunikasi fungsinya sebagai antena pemancar TV analog,TV lokal,dan radio dll
  • kat bawah banyak jual souvenir,tak mahal , tak juga terlalu murah.. masih termasuk okay dan banyak pilihan.
  • diatas nak masuk kami kena bayar 900yen(seorang) diatas boleh hayati permandangan dan ada cafe tersedia.







Sejuk masa ni masih power sekitar 11'c


Alhamdulillah... jalan dalam sejuk2 ni kelebihan nya kurang sikit penat dan sakit kaki berjalan...









sekian lah sampai sini dulu erra story di Hari pertama Erra di Tokyo.

Oh ya! memang hari pertama kami keluar hotel lambat.. Tu yang tak dapat banyak tempat.. Cuma sekitar Odaiba petang , belah malam ke Tokyo Tower..



Terima kasih Tuhan.


Tq dah baca sampai habis sambil kutuk kita dalam hati . haha


ok daa~




Arigatoooo!!! haip~! XD

Apr 1, 2019

BTS GRAND LAUNCHING ZAHEERA GALLERY



"AKU PERNAH BERKATA PADA TUHAN..
TUHAN AKAN MUNGKINKAH PERISTIWA ITU AKAN BERLAKU(MOOD BERANGAN)"

"DAN HARINI... ALLAH BUKTIKAN KALAU HAMBA YANG HINA DAN LEMAH MACAM AKU BISA MEWUJUDKAN ANGAN ANGAN.."

"INI BARU PERMULAAN.....ERRA DAH SIAP BERHADAPAN DENGAN DUNIA FANA INI?"

"AKU......"

"AKU SEDIA.. SIAP.... DENGAN ..

BISMILLAH."

Dunia hanyalah jambatan menuju Akhirat...

 Selain dari cita cita ku meninggalkan dunia didalam keadaan terindah, 
bermanfaat untuk ramai orang..

FASHION
BISNES
PENDIDIKAN
MOTIVATOR
KEBUDAYAAN

juga cita cita terhebat yang ingin ku wujudkan..

kalini aku fokus dulu dalam dunia fashion dan bisnes

Aku tak harap sedunia perlu beli dan kenal barang aku 

aku cuma harap

sekecil apapun yang aku buat,tindakan aku moga Allah redha

dan selalu ada doa kedua orang tua ku yang hebat

dimana pun , saat apapun


selebihnya aku serah pada Tuhan..

aku akan gigih berusaha. 

Kalau tak berjaya.

ber erti Allah nak yang terbaik buatku dalam urusan lain pula

Kalau  berjaya

ber erti ini yang terbaik juga menurut Allah..

amanah yang harus di balas dengan ketaatan dan kesungguhan yang lebih berganda buat Tuhan dan orang orang di sekeliling ku...






 Hari itu telah tiba..

Jam 2 petang , Jakarta Indonesia
2 februari 2019

tiba lah dimana ..

Erra kecil pernah berangan..

"Umey.. umey.. kalau erra besar nanti.. erra nak ada butik sendiri. Nanti erra jemput umey jadi VVIP.. pastu umey datanglah tau dengan bunga.."

Haritu juga, sejarah erra kecil terimbau kembali.
tanpa erra duga. Tanpa umey rancang.(kebetulan umey ada lebihan stok bunga baru yang masih cantik )

Umey terbang bersama bunga2 nya.. dan di gubah dengan penuh cinta..
khusus untuk Hari lauching Erra Kyra di Grand Opening Zaheera Gallery 
milik erra juga.

Baik nya Allah.
kita minta bersahaja.. main main saja tapi Allah laksanakannya.





TalkShow

erra try contact sahabat designer yang dah mendunia ,selain erra kenal Dian Pelangi, erra kenal juga Kak jeny. Biasa dikenali Jeny Tjahyawati.

perkenalan bermula dari event Fashion Week Indonesia 3 tahun lalu..
Orang yang termasuk Super busy. busy yang "benar2" busy ^^

Alhamdulillah..
Kak Jeny mahu datang sebagai tamu talkshow Erra membahas
topik "Wanita masa depan"

dan undang juga sebagai Ambassador duta Hijab World Indonesia Founder
Hijraheart Amaliah Begum

sesi sharing bersama kak jeny dan Erra sendiri


  HI Tea

Dari Mie Acheh Dek Gam
Dapur icut catering
Nia cake


MUA

from kak Tiesa yang dah buat muka tetap segar bugar sentiasa didalam
kesibukan dan peluh yang melanda Lol. TQ kak dah menyelamatkan hari erra dengan pipi gebu di hari bahagia. =P
@bysierafeinmakeup

Tq juga mua , yang make up2 kan para model
@makeupbyaqs

erra suggestkan yang jenis cerewet dan memang suka make up sendiri better test mak up dulu..^^
sebab setengah orang tak sama citarasa dengan sentuhan.. tapi tetap kalau dari Mua yang make up hasil nya akan lebih tahan lama make up base nya. erra jadi teringin nak belajar make up yang boleh "stay" lama kat muka^^



MC

dari Riry sahabat DEWS Indonesia
Riry ni sangat talented bangett ..
so bagi kalian yang cari mc ala2 Aznil nawawi eh! macam indra bekti. boleh panggil Riry jadi Mc di Indonesia. Malaysia pun okayh! =D
@riry_rempong

Videography 

  Tq ipul sudi kena bebel2 hehe

dan hasilnya terima kasih banget bermanfaat dihari launching tersebut..
@voelkren
@gilanya_motret




SPONSOR :


 Goodie Bag


@errakyra_catalog
@Zaheeragallery_official
@Meisyanana_hijaby
@Nafeesa_by_maya_rh
@dhilaseries

Sponsor System & Props


@ilhamvisualMalaysia
@Bizkomm
@tunaliciousbintaro7

Website

@TholutRamadhan

Graphic Design

@Andalusartoriginals

Support by

@de_womanstation
@aliaaff
@Hhfcommunity
@transpartproperty
@gilanya_motret
@hijraheart
@momprenuercommunity



dan terakhir sekali..
BIG THANKS TO MY TEAM!
ZAHEERA GALLERY TEAM TERSOLID!




Sebelum hari launching tiba erra sempat call umey.. call ayah..
erra luah perasaan 'curhat"
Erra rasa macam down tetibe. ntah kenapa erra rasa sedih tak semena mena..

ada sahabat media yang dah erra anggap sahabat baik sendiri
tak nak bantu erra.
ok. erra merenung sejenak.

"dosa aku dimana Tuhan.. maafkan erra kalau erra ada salah.."

menitis air mata.. sudah lah beberapa hal kerja masih belum settle2..
dengan suami pula tiba2 berubah jadi orang paling manja didunia haha
(takpe i suka jer haha) cuma timing tak kena.
so erra sedaya upaya apa2 dahulukan dia.kuatkan dia. kerna erra tahu saat tu dia juga lemah. perlukan erra sentiasa..huhu

erra terlalu menjaga hati orang sampai sedar2 rupanya hati sendiri ini dilukai..
aku doakan saja. dan anggap ini kifarah untuk menggugurkan dosa dosa..

mungkin dosa yang tanpa sedar aku telah buat..

ia tetaplah dosa . tetap perlukan penebusan.

setelah aku call umey ayah.

aku tenang. kembali senyum senang.

kunci nya ialah

''STAY CONNECTED DENGAN TUHAN"

yang bisa menyelamatkan sebuah hati yang gundah adalah
Tuhan.
soal hati serah saja pada yang pakar. kembali lah mendekat dan fokus Dia, nescaya.. semua masalah yang kita rasa masalah sebenarnya bukan lah masalah.. tapi habuk yang tumpang singgah..
kita bersihkan saja perlahan lahan.. jangan biarkan ia benar2 menjadi dekil ,kotaran degil yang
susah untuk pergi lagi.



siapa sangka.. tepat 2 hari sebelum acara.
Signboard selamat dipasang megah.
datang tangan2 yang mahu membantu
volunteer untuk bantu acara
dari urusan makanan sampailah sponsor2 hdiah dll..

dan aku memang dah ber habis habisan budget untuk production , dan tak terfikir dah lagi pasal siapa tukang photo2 untuk acara nanti..
tiba dapat mesej..

"kak erra.. kami dari komunitas photographer nak datang acara nak bantu foto2 kaan boleh?'

Allah..

sujud . syukur .

bahagia.

bertambah yakin erra

kalau silaturahim memperpanjang rezki

berkat sahabat juga.

Ada saja cara Tuhan untuk mempertemukan solution.

selesai satu bab.

 eh datang satu lagi bab.

huwarghh..

*bersambung...

"Bu erra. apa harapan erra kedepan untuk bangsa ini..?"


InsyaAllah saya akan..

*sambung part 2.  Tetamu media barakah , hadiah dari Allah





















 

Mar 27, 2019

PENAMPILAN KENAPA HARUS DIJAGA?

Penting!
Buat aku.


Kisah semalam.


Semalam jumpa sahabat baru even free hair tapi hati dia mgkin lebih baik dri kita yang berhijab.. Kerna selalu rasa berdosa dan selalu bertanya tanya.. Ingin ilmu. agama.. dan Allah.

Ya.

Nyaman.


Pertama kali kerna dia rasa nyaman dengan penampilan kita.

Dizaman sekarang.
Ramai yang masih mencari cari
Meraba raba

Niat aku supaya orang(kaum hawa) suka untuk mendekat.selesa(nyaman) dengan kita. Tak kenal maka tak cinta.

Erra mmg niat kluar rumah.. Moga ada sesuatu utk org lain(sekaum erra).. Dan moga Allah kaburi dari org lelaki mata liar.





Dan Alhamdulillah sampai saat ni kalau berjalan mmg tiada yg akan ngorat..
Kalau pun ada mgkin boleh dihitung jari sekali dua.. Itu pun lepas tu hbis muhasabah diri.. Dan sedih..rasa mavam terlepas dr jagaan Tuhan.. Mgkin kerna Allah tak lindung kerna ada dosa..

Pagar diri lagi..

Esok sampai bila2..

Kita ni perempuan ber gelanggang sesuai dengan tempat kita dan batas kita.





Kalau ada manusia yang mahu "nge judge"
Hak dia.

Kenapa peduli kata manusia yang tidak penting?  sedangkan yg lebih tahu hati kita itu Tuhan..





Mar 17, 2019

Tragedi 15 March 2019 . KEJAM! | SYURGA BUAT MEREKA..



Sesuatu kisah yang memberi inspirasi buat Erra..

Disebalik kejadian

Tragedi 15 March 2019

Christchurch, New Zealand

Siapa sangka dunia islam tak henti henti
Membicarakan tentang ini

Bukan kerna Terrorist yang kejam saja!

Tapi kisah tentang seorang demi seorang
Para syahid serta kebaikan2 dan kemuliaan mereka yang diangkat di dunia. Sehingga menjadi trending dan viral.

Allah..

Sedih kalau siapa yang tengok video
"live terrorist di Masjid An Noor New Zealand"
Tiada siapa sangka, negara yang terkenal dengan keamanan dan negara aman makmur

Menjadi hari paling gelap sedunia New Zealand dan Islam.

Moga sejarah ini takkan berulang pada siapa pun dan dimana pun tempat ibadah
dibumi ini.


Kisah apa tu yang memberi inspirasi erra?


Seorang wanita.
Tidak terkenal disepanjang hidup nya.
Tapi terkenal dilangit..
Allah bayar cash didunia lagi sebagai
Isteri yang sangat memuliakan suaminya..
Dari kita tak kenal siapa dia.  Berita menjadi heboh sekelip mata.

Siapa punya kerja kalau bukan ini kehendak Tuhan.

😒😒😒😒😒

Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Padang Midin, Kuala Terengganu

Status sebelumnya diambil dr sini:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2366013523448657&id=100001200986490[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2366013523448657&id=100001200986490



KISAH CINTA DARI CHRISTCHURCH 2

Tadi saya bercerita tentang kasih sayang seorang suami dalam Tragedi Pembunuhan Christchurch [1]. Ini pula adalah kisah cinta seorang isteri yang dibawanya sehingga ke liang lahad.


Husne Ara Parvin, 42 tahun adalah imigran dari Bangladesh yang tinggal bersama sama suaminya, Farid Uddin dan seorang anak perempuan mereka di Christchurch selama hampir 25 tahun. Farid Uddin yang kini mempunyai masalah kesihatan hanya boleh bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

Maka pada setiap minggu, Husne akan membawa suaminya ke masjid untuk bersolat Jumaat. Walaupun wanita tidak difardhukan menunaikan solat tersebut, tetapi demi suaminya Husne tidak pernah merasa jemu untuk menolak kerusi roda setiap minggu agar kewajipan solat Jumaat lelaki itu dipenuhi.


Pada hari kejadian, Husne seperti biasa menolak kerusi roda suaminya ke dalam masjid. Beliau kemudiannya meninggalkan suaminya dan menuju ke ruang solat khusus untuk kaum wanita. Husne tidak mengesyaki apa2 sehinggalah selepas selesai solat, beliau mendengar bunyi dentuman senapang yang menakutkan.


Husne berdebar. Fikirannya bercelaru. Dia mendengar gegak gempita raungan daripada ruangan solat lelaki. Naluri cintanya kepada si suami menyebabkan Husne tidak berfikir panjang. Beliau meninggalkan ruang solat wanita yang selamat, meluru memasuki ruang solat lelaki yang bahaya dengan hatinya hanya mengingati keselamatan sang suami.


Namun, Allah memilih Husne menghadapNya terlebih dahulu. Husne terserempak dengan pembunuh, beliau ditembak dan tersungkur di lantai masjid; tempat suaminya menunaikan solat sebelumnya. Farid Uddin sempat ditolak keluar oleh jemaah lain dan terselamat daripada kezaliman manusia gila.


Begitulah Allah memilih pengakhiran yang baik buat seorang wanita yang setia melayan suami sehingga ke akhir hayat. Beliau ditarik nyawa di hari yang paling mulia, dan menghembuskan nafas terakhir di tempat yang penuh berkat.


Ya Allah Tuhan yang memegang setiap jiwa kami, Engkau rahmatilah saudara saudara kami yang terkorban semalam. Kurniakanlah kepada mereka nikmat syahid dan ganjarkanlah iman dan keberanian mereka dengan nilai syurgaMu yang tertinggi.

Mereka adalah saudara saudara kami. Sungguh kematian mereka kami cemburui.

-----





Mar 13, 2019

KENAPA SESEORANG ITU HEBAT. KERANA MENTALNYA KAYA. KISAHNYA BEGINI..






LOW PROFILE.




Shomi kite ni pakai hp samsung dia tu macam baru beli..

Punya lah jarang ngadap hp

Pakai lah bertahun tahun camtu je rupanya
sudahlah bersih. Banyak gambar isteri pula(isteri rajin selfie kat hp diaπŸ˜‚)


Saja cerita. 


Teringat... Tapi rasa macam baru berlaku. 


Tiba tiba dua tahun yang lalu  terlintas dia nak ganti hp(setelah bertahun2 pakai ada kot 5 tahun mgkin lebih)

Hp dia tu kita niat lah hadiah ke supir dengan harapan memudahkan dia tuk wasap

Dan guess what


Mentality.


Bila dia(supir) pegang je hp dia kata

"ini jenis lama ni,  pot pet pot pet..  Kan memory juga sikit gak boleh simpan bnyak.. Pot pet pot pet.. "


Sejak dari tu saya makin lebih2 lg menghargai suami ini

Bertapa bersyukur nya beliau menjadi orang mampu tapi bersikap guna seperlunya. Bukan trend. Apatah lg ikut nafsu semata.

Bertapalah menjadi manusia..  

Jika diberi oleh Tuhan tak pandai menghitung2 nikmat Tuhan

Complaint sama saja seperti mengeluh.. 

(apalagi tak sopan sekali complain didepan sipemberi/empunya barang yg dijaga)

Xpe gak apa2 jika kita miskin harta jangan miskin mental,akhlak atau iman..

Begitulah.. 

Akhirnya..  Peristiwa ini diingat terus oleh seorang Erra Kyra, yang mana seorg pelupa menjadi org paling ingat kisah ini selalu.

Kenapa Allah beri ingatan(buat aku ingat) pasti ada maksud Tuhan

Kerna ingin aku faham konsep syukur selalu apa yg didepan mata.  

Kerna ingin aku sharing juga buat kalian.mungkin.


MENTAL YANG KAYA ADALAH ORANG YANG BERSYUKUR DAN SELALU POSITIVE DISETIAP PEMBERIAN TUHAN...

itu defenisi kekayaan mental menurut erra..

Semoga Allah pandu selalu kita dalam setiap perasaan dan pemikiran apatah lagi dalam setiap kata kata yang kita lontarkan..


"Moga harini dan masa depan kita,  setinggi apa serendah apa pun kita menjdi orang yg paling bersyukur diatas muka bumi.." 



"Mengeluh dengan barang yang kurang dihati sama saja seperti meremehkan Allah yang beri sesuai kebutuhan keperluan kita"

- Erra Kyra







Camne.. dapat ker sesuatu..?(maaflah bahasa mama kita ni rojak!) moga kita selalu beljar mencari cari kebaikan /kelebihan orang lain dan kita belajar dari nya..
Zav juga selalu belajar.. ngaji dan ABC dengan mama.. (apa kaitan??!) haha okbai. -Zavier













Feb 13, 2019

MENGHITUNG HARI GRAND OPENING ZAHEERA GALLERY.. MAAFKAN AKU....KALAU..





"Erra.. Mama nak fokus sekolah(Tahfiz yang sedang dibangun)... erra ambil alihlah Zaheera Gallery spenuhnya..mama tak nak ikut campur dah.."




Aku antara suka tapi cemas

suka sebab bebas dah lepasni aku nak explore nak tuang segala idea dan minat aku didalam nya

cemas kalau kalau amanah ini aku salah bawa.. salah buat.. atau ini ujian untuk aku kedepan..

nikmat..juga ujian..

risiko juga ujian...

ya. Erra memang cemas dengan diri erra yang yang lemah ini..

sebab tu aku selalu cuba menjadi lebih baik dimata Tuhan.. walupun susuah..

sebab kan aku rasa partner terbaik itu adalah Tuhan..

Tuhan paling Maha hebat dalam menyusun strategi,menarik pembeli,penarik pemborong,pengikat close deal,pokoknya(kesimpulannya) Allah Maha dalam berbisnes.

dalam aku menulis ni pun aku sedang sebak..

banyak yang aku sebakkan..

Sebab dalam aku lalai2 dengan Partner Bisnes aku nipun..

macam macam dah dia tolong aku

aku tak buat apa

aku usahakan semampu aku yang biasa orang lain juga buat...

ni hari ke 6 sebelum menuju GRAND OPENING ZAHEERA GALLERY

aku berdebar tak menentu..

tapi aku yakin, kalau aku luruskan lagi niat dan jaga ibadah aku.

Dia (MAHA PENGURUS) pasti membantu..

buatkan acara sesuai dengan harapan..

Walaupun setahun Zaheera Gallery dah berjalan .. 5bulan dah aku pegang "kunci"

aku fikir ini adalah keputusan terbaik aku dalam membina "REConcept" semula(ulang).

sesuai dengan jiwa aku.

Maafkan aku Tuhan.. Kalau aku salah.

salah dalam buat keputusan.

ini yang aku takutkan.

Aku harap "Partner Bisnes" aku sentiasa pandu aku ,guide aku tetap dijalan yang lurus
sesuai dengan khendak aku dan redha Nya.


Dari kedai Perlengkapan Haji dan umrah
bertukar kepada

"MODEST LIFESTYLE CENTRE"





InsyaAllah didalam nya berbagai tenant(vendors) yang akan masuk dengan segala rincian kelulusan
dan persepakatan sesuai harapan Zaheera Gallery terbaru.

Designer,Founder,Community, semua welcome untuk join.

rata2 semua orang2 terdekat aku, dan orang hebat yang aku sayang...

yang menarik... didalam juga terdapat juga Brand Ambassador zaheera gallery
dari designer biasa2 yang bercita cita Luarbiasa

iaitu "Erra Kyra Jakarta"

yang aku khas design dan jual barang yang betul2 aku saring dan  minat juga pakai aku create dan jual di Zaheera Gallery..

Bismillah.... Moga dimudahkan semuanya.. jadi saham akhirat juga buat aku kelak..

sekianlah coretan aku kali ni.. dipembuka tahun 2019.

Selamat tahun Baru 2019.. Semoga Tahun terindah sayang..(sayang2 pulak! LOL) ='D

*sesekali bagi chance lah

okbai daaa  wasalam..

-Erra Kyra, 27/1/2019 , Jakarta

















































soon... 
*next entry