Sesuatu kisah yang memberi inspirasi buat Erra..
Disebalik kejadian
Tragedi 15 March 2019
Christchurch, New Zealand
Siapa sangka dunia islam tak henti henti
Membicarakan tentang ini
Bukan kerna Terrorist yang kejam saja!
Tapi kisah tentang seorang demi seorang
Para syahid serta kebaikan2 dan kemuliaan mereka yang diangkat di dunia. Sehingga menjadi trending dan viral.
Allah..
Sedih kalau siapa yang tengok video
"live terrorist di Masjid An Noor New Zealand"
Tiada siapa sangka, negara yang terkenal dengan keamanan dan negara aman makmur
Menjadi hari paling gelap sedunia New Zealand dan Islam.
Moga sejarah ini takkan berulang pada siapa pun dan dimana pun tempat ibadah
dibumi ini.
Kisah apa tu yang memberi inspirasi erra?
Seorang wanita.
Tidak terkenal disepanjang hidup nya.
Tapi terkenal dilangit..
Allah bayar cash didunia lagi sebagai
Isteri yang sangat memuliakan suaminya..
Dari kita tak kenal siapa dia. Berita menjadi heboh sekelip mata.
Siapa punya kerja kalau bukan ini kehendak Tuhan.
π’π’π’π’π’
Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Padang Midin, Kuala Terengganu
Status sebelumnya diambil dr sini:
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2366013523448657&id=100001200986490
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2366013523448657&id=100001200986490
KISAH CINTA DARI CHRISTCHURCH 2
Tadi saya bercerita tentang kasih sayang seorang suami dalam Tragedi Pembunuhan Christchurch [1]. Ini pula adalah kisah cinta seorang isteri yang dibawanya sehingga ke liang lahad.
Husne Ara Parvin, 42 tahun adalah imigran dari Bangladesh yang tinggal bersama sama suaminya, Farid Uddin dan seorang anak perempuan mereka di Christchurch selama hampir 25 tahun. Farid Uddin yang kini mempunyai masalah kesihatan hanya boleh bergerak dengan menggunakan kerusi roda.
Maka pada setiap minggu, Husne akan membawa suaminya ke masjid untuk bersolat Jumaat. Walaupun wanita tidak difardhukan menunaikan solat tersebut, tetapi demi suaminya Husne tidak pernah merasa jemu untuk menolak kerusi roda setiap minggu agar kewajipan solat Jumaat lelaki itu dipenuhi.
Pada hari kejadian, Husne seperti biasa menolak kerusi roda suaminya ke dalam masjid. Beliau kemudiannya meninggalkan suaminya dan menuju ke ruang solat khusus untuk kaum wanita. Husne tidak mengesyaki apa2 sehinggalah selepas selesai solat, beliau mendengar bunyi dentuman senapang yang menakutkan.
Husne berdebar. Fikirannya bercelaru. Dia mendengar gegak gempita raungan daripada ruangan solat lelaki. Naluri cintanya kepada si suami menyebabkan Husne tidak berfikir panjang. Beliau meninggalkan ruang solat wanita yang selamat, meluru memasuki ruang solat lelaki yang bahaya dengan hatinya hanya mengingati keselamatan sang suami.
Namun, Allah memilih Husne menghadapNya terlebih dahulu. Husne terserempak dengan pembunuh, beliau ditembak dan tersungkur di lantai masjid; tempat suaminya menunaikan solat sebelumnya. Farid Uddin sempat ditolak keluar oleh jemaah lain dan terselamat daripada kezaliman manusia gila.
Begitulah Allah memilih pengakhiran yang baik buat seorang wanita yang setia melayan suami sehingga ke akhir hayat. Beliau ditarik nyawa di hari yang paling mulia, dan menghembuskan nafas terakhir di tempat yang penuh berkat.
Ya Allah Tuhan yang memegang setiap jiwa kami, Engkau rahmatilah saudara saudara kami yang terkorban semalam. Kurniakanlah kepada mereka nikmat syahid dan ganjarkanlah iman dan keberanian mereka dengan nilai syurgaMu yang tertinggi.
Mereka adalah saudara saudara kami. Sungguh kematian mereka kami cemburui.
-----