Jan 18, 2020

MY ROUTINE 2020. TAHUN YANG BANYAK BELAJAR DAN MENGAJAR ! HAPPY MOM^^















 Hai korangggss^^











Sebenarnyaaaa.... Sebenarnyaaa  harini excited sangat sebab dahlah tidur terlambat tapi pagi2 lagi bangun pastu mata tak nak mintak tidur dah haha biasanya lepas solat subuh , mengaji pastu bebel2 skit dekat phone(means jawab reply wasap) then sambung rehat(tidur) balik sekejap..

memang kebiasaannya..
 terus..

Bangun bangun 



Nak cakap..ni contoh gambar dah siap siap nak keluar rumah.. tapi napa muka ko macam nak cari gaduh erra?haha *abaikan

Lepas kailulah(tidur siang) siap2 ke tempat2 sepatutnya.. hantar anak kelas tuisyen atau ke butik atau ke event atau meeting dengan orang..

Pulang pulang

Dah get ready nak maghrib, tunggu maghrib dan solat jemaah maghrib sama sama anak dan suami.
lepas maghrib biasanya kalau subuh terlepas mengaji kira lepas maghrib adalah masa sesuai untuk kado'(ganti) balik hehe. pastu ajar anak pulak ngaji.. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kemalasan mama erra haha oklah Zav lancar mengaji iqra 3 (nak masuk iqra 4 dah).kemudian sambung kelas mama erra dan anak2 kelas mengenal huruf dan AbC(membaca).Kenapa Abc membaca pun mak dia ajar . sebab kat sekolah zav tu ajar dance bersocial jer banyaknya.. colour dan main.selama 1jam / atau 1jam setengah.(ya. abg Zav 4tahun dan belum daftar sekolah betul betul lagi)


Ini adalah cara reward mak mak untuk mak mak(dirisendiri) zaman now!='D takpaaa kami takdak sepatu batruu.. yang penting tengok anak pakai helok..mak senag.vitamin mak!so anak anak kalau degil! tunggu mama piatt tinga naa haha


Mengajar vs belajar

Tapi ok juga anak anak ni diberi pendedahan jumpa kawan dan main. sebab dah jenuh stress kena cuci ngan mak dia kat umah dengan belajar(even taklama pun tapi memain memang mama jadi singa haha) so terkesan ya didikan nya tu. melekat terus sampai ke syurga nanti ='D lol!

Mama Erra nak, yang mngajar dan kenalkan AQuran itu pada zavier dan zaheera adalah dari hasil mama sendiri sebab itulah awal dia mengenal dunia akhirat... sampai tua ilmu tu akan diguna..mama harap ada lah saham mama setiap kali anak anak mama membaca tu...setiap bait2 itu mama ada saham pahala syurga nya. Tetap yang paling penting nak redha Allah..


Ok, lepas tu makan sama dengan ayah depa dekat bawah , Zav biasanya ada buat perjanjian sebelum belajar ngan mama dia(always gitu haha.sebab dia tau mak nya akan tepati janji so buat deal lah dulu kiranya).

"Mamaa.., habis abang mengaji belajar, abang mau main lego ngan papa ya? baru tidur.."

atau dialognya begini..

"mama.. janji dulu.. lepas ngaji , nak main umpet2/hide and seek dengan mama dengan adik dikamar(bilik tidur depa).. janji tau?"*sambil keluar kan jari paling tirusnya.
ok , aku biasa nya tersyum dengan gelagat dia dan deal kan jer.(ASALKAN KO MAU(rela hati) BELAJAR hahah)



STRESS ?


Serius mak mak akan stress bilamana kalau anak tu sendiri buat sesuatu atas dasar "terpaksa" means dia pun tak redha dengan apa yang disuruh atau kena buat.
So better sebelum buat apa apa pasti kan anak tu sendiri mindset nya "Dia memang nak buat" "Dia happy untuk buat"(even demi sesuatu reward) pastikan juga reward nya itu adalah kebaikan untuk dia juga . jangan lah asyik tanam kan minda anak reward itu mesti dengan "jajan" atau "coklat" atauu dengan "toys" takbagus juga selalu sebab kita membentuk dia menjadi seorang yang duniawi, iaitu lebih ke "kepala harta/dunia/semata" sedangkan imbalannya tak mesti

"nanti mama kasi cokalat/candy/toys..kalau..bla..."


Boleh dengan cuba caranya

"nanti kita main sma2 buat lego banggunan tertinggiii shekali... atau nanti kalau abg dah habis belajar kita main nyrok2/umpet2/hide and seek nak ?"


so kita bagi peluang, kita tawarkan dengan sesuatu agenda yang best dan menarik sekali dimata nya.
kedepannya nanti kita tak payah ajak belajar pun dia sendiri yang minta reward dia untuk bermain(tanpa kita offer. So takdelah anak tu bosan belajar . Dia jadi semangat! semangat sebab dia tahu dia bakal mendapatkan reward bermain dengan papa atau mama secara exclusive(bagai dunia terasa milik dia sorang,face to face dengan anak . kita pun terpaksa acah2 jadi kepala anak anak haha). what a brilliant idea fuh!(dalam hati, memang kadang sesak juga dada bila anak suruh kita badut lah, dinasour lah,nyorok ngan dia belakang kerusi/langsir(jendela lah) haha.mencabar keimanan untuk tidak sama sekali mengintip kerjaan yang melambak dan idea yang sedang berputar putar dikepala gwe haha.(time tulah jugak dia nak dtg idea pulak kann =P lol!


Alhamdulillah selesai kita tunaikan janji dia. untuk bermain.. masanya untuk tidur!

Tidur pastikan anak anak, minum susu dan baca doa tidur.
Tempat tidur wajib kita kibas kibas dulu sambil selawat(risau lah anak kita tertidur dengan mana2 makhluk yang tersepit belakang bantal ker kan)

Fuh Fuh  jampi!



(bukan jampi negatif tauu huhu 
jampi selawat dan bismillah..)
Erra biasa pakai penyapu lidi kibas2 tempat tidur (penyapu yang beli khusus diguna pakai untuk atas katil(kasur).bukan penyapu lidi lantai ya tuan tuan puan puan sekalian.

*bukan sebelum tidur jer. selepas depa/zav zaheera mandi pun biasanya erra sembur2 selawat pastu fuh kat telinga depa. kan biar air (dalam telinga punjadi ubat tak jadi penyakit saja!)=P bakteria pun naik terkejut kann haha tak sempat nak happy membiak..lintang pukang lari!lol.

Kenapa mesti jampi jampi/baca baca doa untuk diorang sebelum tidur , tempat tidur


Sambil suruh pejam mata. Muratol on!. sayup sayup kedengeran . lampu padam. Kemudian kita tidurlah sama. atau pun lebih tepatnya kita "tertidur" jugak.. haha

Biasanya erra terjaga jam 2 pagi jam 3 pagi. then susah lelap balik dah. alang2 tu boleh lah nak cover
seorang hamba yang lalai dengan solat sunat malam atau buatlah yang berfaedah. menulis, edit video(untuk youtube) atau membaca buku.


Panjang panjang


Subuh berjemaah dengan suami macam biasa. dan repeatlah balik! (repeat apa ni!kah!) Jangan aneh. repeatlah jadual dari atas tu balik yang erra dah taip panjang panjang tadi tuuu haha haaa gituuuuw!
Biasa nya setiap hari kita ada tulis "achieve" apa "goal" apa yang utama untuk kita buat harini ..ya. setiap goal masing masing beza.tapi yang diatas erra tulis itu bukan goal tapi bagi erra dah kewajipan. so tak boleh lah masuk dalam ketagori "goal/achiement". Penat Erra tulis panjang panjang nih. Harap mudahlah cerna ya. sorry bahasa melayu karangan darjah 6 ku yang A semakin pupus..doakan tidaklah sampai saya hilang ingatan pada bahasa ibundaku sendiri . kerna dua dua bahasa ada keistimewaannya. kalau boleh banyak bahasa nak aku kuasai. so boleh masuk dalam todolist. harini perkataan apa yang ko nak belajar (contoh bahasa jepun arigato=terima kasih) even sikit,tapi terus menerus...InsyaAllah lama lama kita akan kuasai.=))


Terima kasih dah baca tulisan merapu erra kali ni panjang tapi sanggup korang layan kan!='))




OK! Ini yang dah tak sabar nihh.. InsyaAllah Bulan Jun nanti erra akan launching sesuatu yang jauh dari bidang fashion. iaitu...

Drama/Kisah hiburan anak anak !
mungkin selit ilmiah, selit selit idea , pengalaman, cerita, sinetron(haha) atau review bersama zavier dan zaheera! yeayyy~

Bismillah...

InsyaAllah 20 Jun 2020 kita Launching kann..^^




Macam lama lagi.. tapi.... faktanya adalah "masa sekarang sangat cepat berjalan.." So..
Hargailah masa dengan aktiviti padat bersama anak anak..dan orang2 yang kita sayang..^^







































No comments: