Apr 6, 2020

CARA MENJADI ISTERI KESAYANGAN SEPERTI ISTERI NABI



Kali ni topik spontan kerna setelah erra tengok view erra rupanya banyak yang suka search topik yang
kearah

 keTuhanan..

Keagamaan..

Sungguh saya bukan lah pandai dalam membahas bab2 ini.. tapi sedikit sebanyak ilmu dalam hidup erra cuba sharing disini secara spontan..

Dari apa yang erra melihat..
belajar..
merasa..

MasyaAllah tak tergambar kasih sayang Tuhan dalam hidupku..menghadirkan
insan insan hebat..Ku sangat mengkagumi terutama nya kepada Almarhum datukku nekda2ku.
Yang luarbiasa didikan nya kepada anak anak murid nya..termasuk aku. T__T

Fitnah ditepis dengan dirangkul.dipeluk dengan kata kata indah..ditepis dengan sangkaan2 yang baik agar hati yang sakit menjadi luruh dan tanpa secebis dendam..

Inspirasi ini juga saya dedikasikan kepada Umey Ayah ku..
yang juga guru dalam kehidupanku..
setiap solatnya. yang sangat disiplin dan dijaga..

Rumitnya hidup tak sebanding dengan rumitnya hatinya memikirkan dosa sendiri setiap hari..

Allah...

Mulia kan lah mereka ini yaAllah..didunia dan akhirat..
sekiranya ada pahala dari positive dari setiap penulisan selama ini..semoga untuk mereka juga..



Okay..tajuk ni sebenarnya susah susah gampang mau dibahas..

mumpung sedang mood.. so..

Lets begin !

~Sungguh sweet nabi menyintaimu...~~
*Ok mood sambil dengar lagu yang sedang trending.
Saidatina Aisyah Humaira..


Tahukah kalian..

Rasulullah pernah melalui dua fasa..kerna ia contoh tauladan untuk ummatnya..

Rasulullah sangat memuliakan dan mencintai Siti Khadijah..(Monogami,masih belum dapat wahyu)
Berbagai kisah perjuangan nya dengan Nabi jadi tauladan dan rujukan.. Luarbiasa akhlak Saidatina Khadijah sehinggakan beliau istimewa tempat tersendiri dihati Nabi..Nabi selalu memuji sifatnya yang sangat keibuan dan pemurahnya dan luhur tawadhuknya budi Saidatina Khadijah ..Sehingga dari zuriat beliau jugalah terlahirnya Siti Fatimah anak kesayangan solehah Nabi Rasulullah..
(Sehinggalah Saidatina Khadijah RA wafat pada hari ke-11 bulan Ramadan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Saidatina Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah berusia sekitar 50 tahun. ... Oleh karena itu, masa-masa ini disebut sebagai tahun berkabung bagi Nabi Muhammad SAW)

Rasulullah juga pernah mendapat 3x mimpi (suruhan dari Allah untuk poligami untuk syiar kebaikan perjuangan Nabi diwaktu itu)
Rasulullah juga sangat memuliakan dan mencintai isteri2 terutama isterinya Sidaitina Aisyah ..Istimewanya beliau adalah kerna anak Saidina Abu Bakar(Sahabat baik nabi)..kerna usia muda nya sudah cerdik pintar dan berwibawa bisa pula membawa risalah2 berita2 dan hadis2 Nabi dengan lebih jelas dan tegas..



MONOGAMI

Cerai tidak hanya berlaku kepada yang telah poligami.. justeru yang paling besar adalah dikalangan
monogami..

Kadang penceraian berlaku tak masuk akal..
hal sepele.simple.

Muka  Hensem cantik ,Kaya pun tak menjamin kebahagiaan di gugat cerai juga..(Banyak contoh boleh cari sendiri)

Tapi tetap lah percaya bahawa disaat kita berubah ingin menjadi lebih baik maka Allah pasti akan pegang janjinya..

"wanita baik untuk lelaki yang baik pula"

Jika pasangan belum baik kita lah bertindak terlebih dahulu menjadi baik agar janji Tuhan tetap berlaku kepada kita..Jika belum.. kita tak tahu mungkin saja hadiah menjadi baik itu dihujung tahun.. 2tahun lagi..?5thun lagi..?

ternyata disebalik kesabaran Allah bekalkan hadiah lain..

yang tak terfikir dek akal.
mungkin rezki mak mertua baik
keluarga ipar yang baik
rezki anak yang baik
rezki sihat yang tanpa kita pernah hitung dan fikirkan..
kita cari carilah rezki apa yang Allah tukarkan dengan kesabaran sementara "menunggu"
orang yang kita sayang menjadi baik sesuai firman janjiNya"

"Suami baik untuk isteri baik....kalau pasangan kita belum ... sabar.. buah hasilnya ada dihujung..."

sambil sambil menunggu...=')

Pasang segala ikhtiar !


  • Lahiriah (akhlak.muhasabah diri.belajar lagi kita untuk menjadi lebih baik)
  • rohaniah (doa,memohon pertolongan Allah)


Sambil menunggu..itu..

tolonglah pasangan monogami..terutama isteri..

Jangan buat 5 perkara ini.


  • Jangan terlintas pun untuk tengking atau tinggikan suara pada suami ketika marah hebat macam mana pun.kerna disaat emosi . Ego dia tidak dapat hadam.. (Maka tenangkan diri.dan stuasi.Berbincanglah.Komunikasilah)
  • Jangan sekalipun perli perli suami dengan sengaja atau pun tidak sengaja. (Ingatlah lidah lebih tajam dari mata pedang.keberkahan hilang bila pasangan kecil hati dan terguris )
  • Jangan pernah suruh suruh suami dengan nada "tuan" . nada "bentak/marah".. (Cuba lah ayat yang bermanja.bergurau..bersahaja. dan pujilah ketika dia sudah kerjakan walaupun itu adalah memang kerja hariannya..tunjukkan kita juga lihat dan bangga hasil kerjanya..sekecil sesimple apapun itu..tapi besar dimata Tuhan ternyata Allah balas nanti..)
  • Jangan melarang hobi nya. (tetap lah berpendirian untuk acah acah support.. walaupun hati kecil tidak suka hanya pastikan saja..ingatkan selalu bila masa sesuai dan tidak nya.. lama lama . Acah acah support kita Allah akan balas dengan hati kita kemudian yang bahagia ,malah bangga bersyukur ternyata hobi nya "Allah jaga dia dari lalai" . Dia , Allah akan buatkan hatinya akan sentiasa bersemanagat hidup bertanggung jawab kepada keluarga dan kerjanya.." =D)
  • Jangan pengotor,jangan selekeh.atau bau luar dalam..takpe gemuk gemuk/apapun kekurangan fizik tak masalah.( Jaga je dua hal itu dan akhlak. InsyaAllah sampai mati suami terima bangga terima keadaan kita..)







POLIGAMI.


Sering kita dengar tidak adil berlaku. Memang untuk adil adalah sangat gila susah untuk dilakukan.
contoh kecil. Anak pertama dan anak kedua anak ketiaga.. semua size badan berbeza. kesukaan juga pastilah akan berbeza. Hanya orang bodoh aja yang kata.

badan size XL harus dapat sama persis/sebijik sama macam baju size S

pasti ada bezanya. walaupun warna sama.atau corak sama.
janganlah dipukul rata. minta yang tidak semena mena.

Ikut lah taraf dan derajat masing masing..

Tolong isteri jangan buat 5 perkara ini.


  • Jangan minta sama persis/sebijik giler sampai suami pening
  • Jangan menuntut sesuatu diluar kemampuan suami
  • Jangan menunjuk nunjuk romantis dengan suami atau/berlakon2 baik depan isteri tua.Percayalah makin buat cuek/buat slumber pada suami makin isteri tua akan menghormati dan sayang anda.
  • Jangan menguasai suami secara emosi,dan lahiriah.
  • Jangan meng adu domba kan suami dengan isteri lain/atau anak anak isteri lain.jangan suka cerita keburukan dan buruk burukkan isteri/anak isteri lain depan suami..(Percaya jika hati mulia selalu bersangka baik dan urus diri sendiri maka hidup Allah akan hantar kan ketenangan .kemuliaan hidup berpanjangan..)



*Ini semua dari perhatian,pengalaman saya dalam hidup persis dilingkungan saya.

Really bad story i heard. but surely im strong enough to face it and yes i do crying too for them.. MasyaAllah luarbiasa ujian ujian Allah untuk wanita2 kesayanganNya...

thats why....

kenapa . dan jangan tanya.. kenapa erra lambat sayang abg dany haha (pandai. ada kaitan=P)

Ya.

Dulu.

Masa remaja Erra.. Erra jenis suka buat hal sendiri.suka berangan dan secebis hati pun tiada rasa ingin berpacaran..NEVER COUPLE,CINTA2 prinsip hidupku dulu huhu. Because some reason, i know its really so hurt when you fall in love then he cheat or balik arah..
dan always drama2 filem selalu begitu bukan..? =) =P

Senang cerita. dari kecil mindset erra terima poligami indah.
Terima dikahwinkan oleh Umey Ayah..dengan siapapun  lelaki itu.(asal tak buruk2 amatlah haha)
tapi mindset masatu hensem camne pun baik camnepun tetap tidak ingin buka hati untuknya(bakal suami). 'cukup taat' suami bagi erra tapi tidak cinta.X'D(mindset masa tu tau huhu)

Sebab taknak airmata menangis kerana manusia. Aku ingin airmata ini hanya untuk cinta Tuhan.


lama lama Tuhan bagi petunjuk,ilmuNya lagi..


Allah bagi suami.

Suami yang pelik dari biasanya. (I dont know adakah kerna aku selalu doa nak suami unik?pelik?memang banyak pelik nya haha *simpan kelambu*)

dari awal awal kawen aku dah offer madu. Its crazy enough for him.(Dia paling marah tanya camtu.He said erra gila. dan kalau tanya2 lagi katanya itu tandanya tak sayang dia huhu then xpernah tanya dah)
even itu dah beribu malam pertama pun aku tak buka hati lagi. malah rasa diri hina pula huhu..
tapi muka tetap face happy go lucky. but i know he can feel my heart. something wrong.something happened. (But dia orgnya terlalu cool sampai dia malas nak tanya atau ambil tahu or korek2 huhu)

lain pula dengan bininya.


Dan makin lama.. aku perasan makin aku taat,berkhidmat kok makin merasa dia menjauh.. Dia seakan juga menutup hati.

PELIK !

semua aku dah buat ..(dah rupa hamba comel aku masa tu haha ..semua benda aku offer buat untuk dia.Spa tiap malam.klinik tiap minggu.coz hanya harap redha Allah bila kita taat suami dan layan suami sebaiknya,)that time i cuba kononya jadi isteri solehah sebelum aku di solehahkan( i means dimadukan huhu mindset masih sama.lelaki itu sama dan wajib bermadu)

MAKIN PELIK !

Dia mula bawa diri dan hati.
Setelah ini berlarutan.. 3tahun.. dingin tapi tiada ribut. tiada petir. kami bagai roomate sejati. huhu .. tak tahan. air mata beribu menitis dimalam hari memikir solusi.Apakah yang kurang padaku.. akhirnya aku sendiri cari jalan.. korek kisah lamanya..

ternyata UJIAN BERPACARAN itu juga tak kalah pahitnya guys! :')

Saling komunikasi sudah.saling jujur pun sudah..

Hati dia juga belum buka rupanya..


Masa lalu..
Dia pula sering disakiti ,dikecewakan sampai tawar hati untuk buka hati,.kerna merasa/mindsetnya hujung hujung nya pasti "cewek jenis suka bercantik2" akan menyelingkuhi nya...diatas kekurangan dirinya.


Allah..

Penuh drama hidup dalam hidup nya juga..
huhu

"Percayalah.. setiap pekerjaan juga perlu diletakkan :'hati" cinta..agar ada RUH nya"(itu mindset aku yang sekarang ..hanya saja jangan mengalahkan Cinta Tuhan..intinya takyah berlebihan.)

finally aku buka hati.(Cehh dah start kasi cinta haha)
Dia buka hati.(Dari suka jadi cinta juga insyaallah huhu)
Saling percaya.
Saling menjaga.
Alhamdulillah..
intinya dalam hidup..
Tetaplah CInta Tuhan itu yang utama.
kedua Pasangan.
dan tetap hari demi hari membaiki diri. Jangan terlalu berfikir buruk antara sesama..

MasyaAllah...
Indah nya hidup..Jika saling mengerti dan selalu membaiki diri..

Mono atau Poli ..
Galaslah kehidupan itu berlandaskan yang Allah mahu dan suka.
Jadilah Role Model keluarga kepada anak anak cucu kita.
Dua dua tidak digalakkan berpisah. Dua dua Allah minta kita untuk makin hari makin CINTA DIA.
dua dua hal ini merupakan ujian hidup.Jangan dipukul sama rata. Sesungguhnya
Allah ciptakan ujian untuk penghapusan dosa. dan tinggikan derajat. begitu pula nikmat.
untuk beri sebanyak  manfaat dan kebaikan dan tingkatkan taqwa..


Dimana pun posisi ujian kita.Mono atau poli yang penting rumah tangga selalu dalam keberkatan, redha Allah dan selalu dalam rahmat Nya..

tujuan pasti sama. penghujung kita yang indah..

Kita akan tetap kembali.

ya. mati. =) <3

Tiada pun yang akan kita bawa dan kita punya.

PASANG AZAM.TEKAD.

"Aku ingin menjadi isteri dan hamba paling terbaik dimata Tuhan dan manusia."

begitu juga sebaliknya.. Sang suami.



Kalau kita sanggup bercinta dengan nya tengah malam.
Maka dua kali ganda sangguplah berjaga bercinta munajat  juga dengan NYA.

Jika kita sanggup buat apa sahaja untuk dia.
Sila juga buat dua kali ganda apa sahaja untuk Tuhan kita..


Andai sanggup mati,berjuang mati matian untuknya..
Maka dua kali gandalah juga siap hati sanggup berjuang bermati matian untukNYA.



Allah. =')
Rindu. T___T






"Moga makin ku cinta dia, makin dua kali ganda juga KU MENCINTAIMU..TUHANKU...Moga makin hari dia mencintai ku..berganda gandakan lah juga CINTA DIA UNTUKMU..Allahku..." - @errakyra






















-Coretan dari manusia yang banyak dosa dan masih banyak belajar dengan kehidupan dari kaca mata sendiri..





































1 comment:

Sue Izza said...

good sharing,tq ra...