Aug 26, 2020

Apa yang membezakan antara marah dan tegas ? -Erra Kyra

 


Hai koranggggsss

ok ni yang rasa nak marah ni..

Sebab belum apa apa lagi 

dah rasa blur kena menaip apa pagi ni..

tapi otak nonstop bercakap jer kerjanya haha

So cute!


Oklah saya tahulah saya ni pemarah orangnya!


grrr


Dan saya sangat marah orang kata saya marah haha haa camne tuuu'

So far.. satu je makhluk dibumi yang belum pernah buat saya marah2 (tak terkeluar marah betul saya) adalah Dia"

ya. dia.

alaa..

dialah..


suami.


"Abang Dany"


taktahulah ape kerana dah mindset dikepala saya Allah memang larang, atau memang dianya yang memang tak pandai nak buat saya marah..?

Inti senang kata dia tu terlalu cool,sampai tak pandai nak buat perangai

sampai saya marah kenapa cool sangat haha

Sian.. cool2 saja pun i tak puas hati. at least ngusik lah bini sikit kan. tapi sejak dah 10Tahun ni Alhamdulillah sekarang banyak dah pandai ngusik nya. itupun dia tiru2 bini dia haha.walaupun kadang punchline selalu tak sampai =P (i selalu pura pura gelak supaya dia tak segan sangat haha serius comel je ,bila lihat affort dia nak buat bini dia happy =P )

Dalam kenyataan nya memang dia tak pandai nakal, biasa dia jer yang takut bini dia nakal haha

tapi dalam hal "uhukk miow2". ok, nakal. syukur lah! Tak sia sia i sabar tunggu 3 tahun u sembuh='P Eh tak.. tu si zemo tu nakal (sian zemo jadi mangsa dimanipulasikan haha)


yaAllahh ape ke mengarut ko ni Erra jauh benor dah lajak nyaa..=DD

hahaha


Ya cakap pasal marah2 ni sebenarnya.

Menurut Profesor Doktor tak bertauliah Erra Kyra,=P


MARAH bisa terbahagi kepada dua. Senang kata. mereka ni kembar. So orang sering salah faham,salah mengerti kalau tidak di check dengan teliti 


MARAH DAN TEGAS




Kalau marah amarah = automatik akan menimbulkan perasaaan dendam atau sakit hati /ketidak puasan hati /benci dan sifat mazmumah lain nya kepada si mangsa yang kena marah





Kalau marah Tegas =Yang dimarahi akan merasa insaf, terdidik atau termotivasi untuk menjadi lebih baik lagi.


Jadi jangan salah .


Banyak mak mak diluar sana 90% berjaya mempunyai anak anak yang sangat meng agung kan orang tua nya.dan berjaya dalam hidup. Rata rata kerna konsep MARAH TEGAS yang sudah diterapkan dari kecil..


MASIH MAU MARAH MARAH?


BOLEH.


Asalkan yang saya katakan tadi. MARAHLAH disaat benar benar di perlukan. Saat hati benar benar niat mendidik. 

OK, sebab tu takboleh marah suami. Sebab kerja mendidik suami ni hanyalah kerja TUhan.Kalau ke anak takpe.. ke anak buah tak masalah.. ke orang luar yang jelas telah melanggar etika atau adab perinsip kita..ok2 aja..



APA PERLU BUAT KALAU TAK BISA MARAH ORANG YANG MEMANG JELAS KITA DILARANG TUHAN / KEHIDUPAN ?

contoh macam suami ker,orang tua kita ke,Atasan /bos kita ke..

Tips nya: 

  • 1. Jauhkan diri
  • 2.Tenangkan diri kemudian berjumpa lagi dan komunikasilah..Senang kata . Korang Curhatlah/luah perasaan..Sebab bila kita marah,sudah tentu pakai emosi. jadi redam emosi seketika dan mulailah berbicara.dari hati ke hati.
  • 3.kalau tak mempan/tak berjaya juga cakap elok elok. Doakan saja. Sebab kerja membolak balik kan hati manusia ni bukan lah kerja seorang hamba. Melainkan Kerja TUhan... Ok lov-e?


APA KESAN NEGATIF DARI MARAH YANG BUKAN TEGAS?MARAH YANG DARI NAFSU BUKAN KERNA NIAT INGIN MENDIDIK?



Macam saya ada sebut tadi.

  1. effect nya orang tu akan kesal dengan kita mungkin sampai mati haha
  2. Silaturahim akan terputus automatik kita telah memutuskan jaringan pintu rezki kita
  3. Kita akan mudah terdepresi, mudah galau/ berperasaan yang tidak tenang
  4. Yang dimarahi mungkin saja akan dendam dan membalas nya
  5. Yang dimarahi akan bermusuh dengan kita kemudian menyebarkan hal2 negatif tentang kita ke orang lain sekalipun tidak wujud ,akan di reka reka demi memuaskan ketidakpuasan hatinya
  6. Awkward.Semacam kalau dah berbaik pun akan berasa janggal, aneh dan automatik kita akan menjauh dari orang sudah marah2 tadi
  7. BEnci. mungkin yang tinggal dan dikenang adalah moment paling menyakitkan iaitu dimarahi mungkin didepan umum,atau marah tanpa sebab yang fatal/yang tidak wajar/tidak jelas.



APA KESAN  PULA EFFECT KALAU MARAH YANG MENDIDIK>>??




1. Effectnya , Orang ditegur itu akan kesal dengan dosa nya dengan kesalahannya 

2. Silaturhim makin erat kerna, merasa disayang setelah berjaya dalam hidup gara gara selalu effect tegas dalam hidupnya

3.Kita akan rasa puasa hati ,setelah hasil kita marah ,yang dimarahi semakin pandai atau makin berjaya dalam hidup dan setioap langkah nya.

4.Yang dimarahi mungkin akan terhutang budi

5.Yang dimarahi akan selalu berwaspada dalam hidupnya kerna selalu ingat dengan ketegasan kita

6.Sharing. Setiap kali jumpa malah ketagihan untuk dibetulkan . selalu saja sharing kerna merasa didengarkan dan disayang dengan orang yang tidak pura dan segan ingin melihatnya sukses dan hebat dalam hidup.Sekalipun telah dimarahi tidak kapok/ tidak serik .

7.Cinta. Jangan salah orang yang sering ditegas ini biasanya akan leh kuat connection hati nya. mereka saling sayang dan percaya antara satu sama lain.






Sekianlah sampai situ saja perkongsian Erra =D

Best pula mood pagi ni nak sharing pasal marah.

Seronok sebenarnya effect marah marah (tegas) ni. haha

anak anak pun asyik dengar kata je.

Yang paling best mereka ni tau mak nya garang tapi tetap obses dengan maknya. 

peluk mak tak kira waktu.mak ko nak ke toilet pun susah. memanjang jer terjerit2 panggil mak.

betul ya moms??haha setuju lah kan..

buatlah camne pun.tetap si ayah kalah. =P


*Mungkin ada anak yang lebih ke bapa. tapi berapa persen jelah.. Sebenarnya Eloklah anak anak lebih bermanja dengan ibu,tapi segan/takut dengan sosok sang ayah


-E























9 comments:

Adi Channel said...

Kalau marah tangan saya bergegar nak hempuk orang wkwkwk
Jangan lupa baca artikel terbaru saya ya Cara Buat Duit Dengan TikTok

Akashah Kassim said...

Marah ni sinonim.dengan garang
Jarang org kata kita tegas .haha

Ummi Husna said...

Good info

Ai said...

Marah merapu tapi tegas ada pendirian. Betul ke ea?

Nadia Johari said...

Jarangl org tak marh.. Hehehe..

Erra Kyra said...

Haha bergegar tgn..😅

Erra Kyra said...

Hebattt manusia camni😂

Erra Kyra said...

Marah bersebab takpe..😂

Erra Kyra said...

Alhamdulillah..